Related Posts with Thumbnails

Tuesday, August 31, 2010

Baju Raya Tak Beli Lagi.. huh!!

Harap maklum : ini bukan cerita versi kerang rebus atau candy kulum lagi.. ini cerita pasal RAYA!!


Lebih kurang 10 hari lagi, Lagu raya pn dah rancak berperang kt corong2 radio.. Tahun ni G akan menyambut hari raya Aidilfitri yang ke-26 dalam hidup G. Hari raya yang dari tahun ke setahun makin tak best G rasa.. Kecik-kecik dulu suke sgt la. bley dapat duit raya, bley jalan-jalan keliling kampung ngn Apih & We, boley kumpul kad raya. Skang ni sape la nk bagi duit raya, nk jalan2 pn da xda mood dah. Dok lepak kt rumah tengok tv je.. bangun pagi2, mandi, g semayang raya, pegi raya rumah mok, pegi rumah bunga pastu balik tgk tv je la.. bangun pagi esok tengok tv lagi, lagi dan lagi.. hehe.. Kad raya pn da bertukar jadi sms.. sumbak parop~

++++++++++

Kalau ingat balik, raya time kecik-kecik dulu besh sgt2.. Baju raya pn papa yg belikan. Yang tak beshnye 1 je, tiap2 tahun mesti papa beli baju raya sama untuk G ngn adik laki G nie.. sama dan sebijik. kalo xsama pn kaler je.. Tapi kalo tgk balik album raya lama-lama, nmpak comey la plak pakai baju sama cmtu. hehe..

Raya tahun 90an, time skoloh rendah.. kan same baju raya G dua beradik tu..

++++++++++

Raya tahun ni, baju melayu 3 beradik kaler sama lagi, corak sama dan dari kain yg sama (Nak try buat macam zaman kecik-kecik dulu).. Tak beli pn, pakai baju melayu yg uat kenduri kawin Kak Dah 4 bulan lepas je. Membazir la rasenye kalo beli lagi kn.. baju tu pn elok lagi. Baru pakai sekali je.. Sori la bunga, baju melayu kaler kelabu yg u suruh beli tu G beli tahun depan la ea..

++++++++++

Murid-murid yang belum ada baju raya lagi, jangan risau dan pening-pening kepala tak tau nak beli baju raya kat mana ea.. Ni G nk rekemen kn blogshop yang menjual baju seluar. dengan kata lain pakaian utk dipakai kepada semua. Kalau murid-murid nk cari baju baru nk uat raya sambil tersengeh-sengeh dan melompat kegirangan, murid-murid bley singgah bloghop ni... "Communiti Couture Clothing : Unlimited Brand Shop". Banyak baju-baju brand yang ditawarkan kat blog ni. Nak harga murah try-try la negotiate ngn tokey blog tu piaw.. piaw.. ea.. Bagi murid-murid yg layan baju bundle dan nk dressup bundle raya ni, bley visit blog "maChairbundle" ni. Dengar cerita tengah buat promosi sekarang ni. jenguk-jenguk la yang mana berkenan ea...


++++++++++

Tapi.. bagi yg tak de baju raya tu jangan la bersedey hati. Raya bukan sekali ni je dan raya tetap ada gak kalo murid-murid ngak da baju raya pn. Baju raya tak semestinya melambangkan hari raya. Janji pagi-pagi raya nanti murid-murid pegi sembahyang raya. baru la terasa nikmat raya yg sebenarnya dengan alunan takbir raya dan kemeriahan masjid time tu...

Selamat menyambut hari raya yang tinggal 10 hari lagi ye.. assalamualaikum~

Monday, August 30, 2010

Transformasi Sempena MERDEKA


Semalam ada member blogger tanya G "apa azam merdeka cik G tahun ni??" hehe.. merdeka pn kena ada azam gak ke?? Tak tahu la plak G. Azam G masih same lagi la.. Nak cari HAPPY dan HEBAT!! (kebahagian dalam kegembiraan dan kehebatan dalam kehidupan).

++++++++++

Sempena sambutan merdeka tahun ni.. "1 Malaysia Menjana Transformasi" G pn nak jugak la buat transformasi lam blog Skoloh ni. (tanpa G tak lengkap la satu Malaysia.. G pn warganegara gak. hehe..). Ni transformasi pertama yg G buat sempena hari merdeka tahun ni. Tukar gambar pasport pengetua Skoloh kat belah atas tu. Kasi taruk gambar yg tak nampak tolol sangat. Tambah plak dengan spek yang lebey bergaya. Biar kemas skit.. hehe..

++++++++++

Selamat hari merdeka pada semua ea. Ada sambutan hari merdeka kat tv ni. layan je la.. (Merdeka kena puasa gak tao, jangan tinggal puasa plak..) babai~

Selamat Hari MERDEKA !!


"Tanggal 31... bulan lapan.. lima puluh tujuh.. hari yang mulia, hari bahagia.. kita sambut.. ?? yang merdeka..." (hehe.. G tak ingat lirik)

++++++++++

Hari MERDEKA datang lagi, pedulikan rakyat negara jiran yang kutuk kita macam-macam, yang pijak bakar jalur gemilang, sebab kite tahu kita lagi aman tenteram dari mereka disana.. Merdeka ke-53 ni kite sambut dgn riang dengan cahaya bulan ramadhan.. moga-moga negara kite terus aman sentosa, berdaulat, cemerlang gemilang dan sentiasa menjunjung tinggi agama dan kepercayaan yang di pegang sampai ke akhir hayat..

++++++++++

"Duhai ibu pertiwi.. putra putri datang sujud bakti.. untuk menunaikan.. untuk menunaikan.. sumpah dan janji..". Ni la lagu patriotik @ lagu merdeka yang paling G suke.. Syahdu dan nyaman lagu nya.. hehe.. murid-murid suke lagu mana ea?? Lagu NIKO ke??

++++++++++

Malam ni nk kua lagi.. bukan nak kua makan kerang rebus, bukan juga nk pegi beli candy kulum AVATAR yang ntahapapantah tu dan bukan juga kua tgk bunga api malam merdeka, tapi nk pegi shopping baju raya (orang tak shopping baju merdeka ea).. pada yang xda baju raya tu, jom la shopping same-same. Tapi pakai pitis sdiri2 la ea..

++++++++++

Kat bawah ni G ada letak chord lagu "Bahtera Merdeka".. Pada sape2 yang boley men gitar tu.. layan je la ea.. patriotik skit..

++++++++++


Aishah - Bahtera Merdeka


Em B Em
Bunda senyum riang

Am B Em
Menerima bahtera merdeka

B C
Putra-putri sayang (2x)

Am B
Sedang berjuang


Am B Em
Fajar telah tiba

Am Em
Nan menyising membawa harapan

B C
Tanah semenanjung (2x)

B Em
Permata nilam


chorus :

E Am
Jiwa dan Raga

D G B Em
Buktikanlah pada nusa bangsa

B C
Supaya negara maju jaya

Am B
Aman merdeka


Em
Duhai ibu pertiwi

Am B7 Em
Putra-putri datang sujud bakti

B C
Ingin menunaikan (2x)

B Em
Sumpah dan janji


Ulang chorus


Raya lagi 11 hari je.. Nanti kite layan lagu raya plak ea.. Assalamualaikum..

Thursday, August 26, 2010

Candy Kulum AVATAR


Salam 4 pagi.. G baru blk makan colek je ni.. (colek lagi). Kua lepak2 kedai kopi ngn member2 malam 17 ramadan. Pegi lepak ngn apih, mat yeng ngn 2 org member dia (pergh!! camna la mu bley turun berat badan sampai 14 kilo piaw.. piaw.. cmtu je yeng. terkesima aku melihat mu..). Dok lepak kedai kopi tadi pn dok cerita pasal hantu setan je.. Tak takut sangat la dk sembang topik ni bulan ramadan. hantu sume da kena jel. hehe...

++++++++++

Pagi ni G bkn nk cerita pasal colek atau antu kt kedai kopi tu. tp nk cerita pasal satu objek yang G jumpa kt kedai bus stop 24 jam time G singgah nk beli rokok td. haha.. Objek tu adalah objek yg terpampang kat gambar diatas tu.. Candy Kulum AVATAR.

++++++++++

G rasa candy kulum ni tak da jual pn kat holywood, tup2 kat sini tibe2 ada. 30 sen je satu.. Candy ni terus menarik perhatian G untuk mencapai beliau dan terus dibeli.. rasanya.. pergh!! tak best langsung. Mat yeng try semawa kat pelayan berbaju pink kat kedai kopi tu pn beliau tak hingin merasa. Harap plastik je lawa. Rasa cam makan mata avatar je. Patut la candy ni dia design cam mata AVATAR.. hehe..

++++++++++

Sekian cerita 4 pagi. Tu je.. Tak ada pekdah pun murid-murid baca.. haha.. salam~

(ikhlas dari mijieywardie at 4.30 AM, Friday, August 27, 2010 "baru bley publish.. berukband buat hal lagi..)

Lagu Raya dah mula berbunyi..

Salam.. G baru balik bazaar ramadan je ni. G pegi sorang2 je, nk shoping byk2 xbesh la. Beli murtabak 3 biji, Onde2 singgit, ngn kuih yak tahu nama 2ringgit dan air laici yang besh bia pn G memang tak suke makan buah laici... G pegi awal lagi td, lam kul 4.30, org pn tak ramai sgt. xley tgk la minah-minah seluar ketat kat bazaar td. antu2 ni biasanye kua lambat. kua time org ramai2. hehe...

G bukan nk cerita pasal bazaar ramadan sebenarnya. tp nk cerita pasal lagu raya. besh je layan lagu raya on the way nk pegi bazaar tadi. lagu Sudirman, Balik Kampung... hohoho balik kampung... hohoho balik kampung... hohoho balik kampung hati riang... (btol ke lirik cmtu??)

Pergh..!! besh gile layan lagu ni dlm keta td. kuat suara G nyanyi dari radio tu sampai brader kat keta sebelah yg sama2 layan jem tu tercengak tengok G. hehe.. tapi lagu ni memang da tak de makna apa-apa bagi G da. G memang dk kt kampung... Nak balik mana lagi.. tak kan nk buat lagu balik bandar plak kot.. Ok la.. tak ley ngayat lama2 lam blog ni, nnt mula merapu. pada sume murid-murid a.k.a my internet pren.. salam ramadhan dan selamat berbuka.. raya lagi 14 hari...


Tuesday, August 24, 2010

DIGI Yang Paling OK!!

Assalamualaikum.. paiw..piaw..

Dah hampir pukul 4 pagi da. Hari ni G ngantuk awal skit, dari td lagi dk menguap. Tido 4 jam je. Kalo ikotkan mata, dari td lagi merayu suruh tido. Tapi tak le
h tido lagi. G tunggu orang kol suh ulik dia tido dulu. huhu.. pakai bil murah, besh la gayut. nk tao ke bil talipon pe G pakai?? G pakai DIGI si beruang kuning.. (beruang ke?? yellow man la). Puas hati sgt pakai bil DIGI nih. tak membebankan...

++++++++++

So.. ari ni G nk cerita pasal
DIGI la ni. G start guna pascabayar DIGI ni time kt POLISAS lebey kurang 4 bulan lepas. Chewan yg kenalkan pascabayar DIGI ni kt G (Chewan tu besfren G yg paling comey kt POLISAS dulu.. kaki gayut gak). Sebelum ni G ada gak guna pascabayar lain. Pascabayar yg femes ngn 1++ tu.. Time tu G jd sub user je. cas bulanan bg sub RM5 sebulan dan bagi main user plak RM50 kalo xsilap. lama gak G pakai bil ni, sampai bil G lekat RM200 n sampai surat cinta dari court kt main G. time guna pascabayar 1++ ni, bil bulanan bagi G sorang hmpir mencecah RM100 tiap2 bulan (xmampu nk bayar la, bukannya G kerja). Pascabayar ni bagi penggunaan percuma bagi G dan ++ yg lain dengan limit penggunaan 40jam setiap bulan percuma (lebey kena bayar lain la..) dan penggunaan pada talian lain yg xdidaftarkan pada main yang sama akan dikenakan caj berlainan. So tiap2 bulan G kena bayar RM5 (caj bulanan) + lebihan penggunaan 40jam dengan pengguna bawah main yang sama + caj bayaran pada lain-lain penggunaan yg tidak didaftarkan pada main yang sama atau lain2 talian (yang mana agak mahal). jumlah bayaran tiap2 bulan jd mcm G bagitao td la.. hampir mencecah RM100 tiap2 bulan (lagi pun G ni mmg kaki gayut ngn bunga G. hehe..).

++++++++++

Berbalik semula pada DIGI. pelan DIGI yg G guna ni lebey kurang sama la ngn pascabayar yg G cerita kt atas tu. ada main ada sub gak.. kali ni G jd main dengan sorang sub user.. bagi main G wajib bayar RM50 sebulan dan sub pula RM30 sebulan. apa yg besh pasal Pelan DIGI yg ni (yg mana G xigt nama pelan tu) tak ada caj bulanan dan tak ada limit penggunaan diantara main ngn sub user.. RM50 yg G bayar tu akan dicaj keatas penggunaan G keatas nombor2 lain. kalo G guna lebey dari RM50 tu, G kena bayar lebey la, kalo G guna kurang dari RM50 tu, G tetap kena bayar RM50 gak, sama la ngn sub yg kena bayar RM30 tu (ni je la yg xbeshnye..).

Bil pertama DIGI yg sampai dalam mail box G

++++++++++


First bil sampai penggunaan G xsampai pn
RM50, bulan kedua pn lebey kurang sama dan bulan ketiga baru la melebihi RM50 limit penggunaan tu. hampir 3bulan xbayar bil. hehe... murid2 tao x bape bil yg sampai lepas 3 bulan tertunggak tu?? ha.. hanya RM230. "lah mahalnya..." lupa nk ckap, RM230 tu bukan bil G sorang tapi + sekali ngn sub G. maknanya... penggunaan 3bulan bagi 2org G ngn sub G stakat ni hanya la RM230. RM230 / 2 = RM115, RM115 / 3 = RM38.33 SEBULAN. kira murah la tu kan..

++++++++++

Erm.. murid2 paham ke pe yg G merapu ni?? G cerita ni pada sape2 yg kaki gayut je. kalo korang guna talipon topup RM10 sebulan, baik xpayah pakai bil. komfem2 lagi membazirkn.. Pe2 pn, setiap benda tu ada baik buruknya tersendiri. DIGI ni kalo kite kol org mmg la murah, tp kalo org kol kite agak mahal gak la.. (kalo xsilap la). murid2 pilih la mana yang berkenan kt hati ea.. G nk merapu je ni.. "Apa?? nk no DIGI G??" hehe.. ni no DIGI G.. 010-(no plat keta Honda sebek papa G + tahun lahir G) kolim-kolim la ea..

++++++++++

Kesimpulan yang bole dibuat dari post ni ialah....... kalo ada nampak iklan digi lam page G ni, KLIK terus la. tak payah pikir2 lagi..

Babai n assalamualaikum...


Opss lupa nk bagi link. klik sini ea.. www.digi.com.my

PROMOSI RAYA ..Baju Bundle..


PSSTTT!! nk tau satu rahsia tak?? G dengar maChairbundle nk buat promosi raya. tapi tak tau la start bile. yang komfemnye, bukan lepas raya la kan.. tak kan promosi raya buat lepas raya..

++++++++++

Pasal promosi ni G tak tau lg la komfem ke tak. korang rajin2 la view maChairbundle ea. dengar-dengar citer ada harga raya pada Available Item.. try2 usha tao. chow~ piaw.. piaw..

Nk ke maChairbundle?? klik link bawah..
http://machairbundle.blogspot.com

Monday, August 23, 2010

Kelebihan Solat Terawikh Malam ke-15


Diriwayatkan oleh Saidina Ali bin Abi Talib r.h. katanya bahawa telah ditanya oleh sahabat akan Rasulullah S.A.W tentang kelebihan terawikh pada malam-malam bulan ramadhan..

++++++++++

Fadhilat Malam ke-13

"semua malaikat yang menanggung Arasy dan Kursy berselawat dan mendoakan supaya Allah mengampunkan orang yang bersembahyang terawikh"

++++++++++

jom ikot G pegi terawikh malam ni..

Kenyang Dengan Kerang Rebus~


Erkkkk.. alhamdulillah..

salam murid-murid.. bru bley online. perot kenyang ni, nk menaip pn susah. kenyang mkn kerang rebus. buat ubat darah rendah. hee.. tengkiu to EN. RIJA sebab blnja makan kerang rebus td ea (kerang rebus aka colek kere). Bulan posa cmni memang dah jadi adat kt kedai-kedai makan kat kelate ni, mesti jual colek. tak kire la, colek kerang ke, buah ke, pelepo ko, jeput malah ko, popia ko, fish ball ko.. dan byk2 ko lagi la. tiap-tiap mlm lepak kedai kopi, mesti ada colek kat atas meja, sampai muka pn da jadi mcm colek. ada kedai yg besh, ada yg xberapa besh dan ada yg xbesh langsung..

++++++++++

sebenarnya.. colek tu sampingan je. pe yang buat jd besh, bile bole lepak ramai-ramai mkn berebut lam satu pinggan camtu. tu yang seronok.. dekat-dekat nk raya ni lagi la seronok, bile da ramai yg balik kg. lagi ramai la melepak kat kedai malam-malam makan colek kere... pergh!! selamat la sume ea. nk sembang pasal kerang rebus je ni. salam ramadhan~

Sunday, August 22, 2010

Broadband Oh Berukband!!


"sakit hati... sakit sekali... mengenang broadband, tak jadi2 dari la tadi..." pergh!! lirik baru ngn irama lama. bley masuk keynote nie..

G sebenarnya mmg nga sakit ati ngn broadband G ni.. susah sgt nk connect. kalo bole connect pn jap je, pastu disconnect balik. Macam malam ni la, dari td lagi dk try connect, ni baru dapat. Tak sopan btol la.. elok2 pakai streamyx sbelum ni, kabel talipon plak kena curi. kerap sgt kena curi kabel kat kawasan umah G ni. elok sebulan, kena curi kabel, 2 bulan xtentu ag org telekom ni nk dtg baiki. tambah-tambah ag kalo da di blacklist kawasan yg memang kerap kena curi kabel..

wahai pncuri kabel yang tak berperasaan, berdosa gak tao curi kabel talipon ni. ingat dapat pahala ke?? nyusahkn org je.. dari mko dk nyusahkan org, baek ko nyusahkan org2.. sakit ati btol la.. kepada pihak telekom, tolong la cepat2 skit baiki kabel kat kampung aku ni. boh la kabel bawah tanah ke, kabel halilmunan ke, kabel yg ada sejuta watt ke, bia meninggal je perompak kabel ni time uat keje jahat tu.. ajar skit.. huh!! G da tak sanggup melayan kerenah broadband ni... :(

Saturday, August 21, 2010

Renungkan Sejenak

"Lelaki menggunakan CINTA untuk mendapatkan SEX, Perempuan menggunakan SEX untuk mendapatkan CINTA, akhirnya dua-dua jadi macam kambing!!"


G terbaca ayat ni dari komen sorang brader pada satu video masalah orang buang bayi kat facebook yang semakin meruncing sangat-sangat sekarang ni dan terus masuk lam kepala ni dan dok teringat je.. G rasa byk gak yang betul pasal ayat ni (cuma bab kambing tu je la kalo xbtol pn..).


++++++++++

Ramai yg perihatin dan amik peduli tentang masalah buang bayi skang ni. tp benda-benda cam ni xsurut2 pn selagi pemikiran manusia masih ditahap pemikiran kambing (kambing lagi.. kambing ada yg buang anak ke??)

++++++++++

Pada murid-murid yang arif lagi bijaksana sekalian.. korang renung-renungkan la ayat ni ea.. Salam ramadhan dan selamat berpuasa sekalian...

BANGUN!! TERIMA KASIH CIKGU..

Naruto Manga 506

"Naruto 506 : Gai vs. Kisame" G baca online manga ni time lepas sahur pagi td. episod kali ni dok cerita pasal Gai Sensei ni je.. bley tukar tajuk la kirenye "GAI SHIPUDDEN". haha.. besh gak the brains useless guy. tp kire terer gak la. lam episod ni dia fight ngn Kisame (an Akatsuki Members)...

++++++++++

G baca online manga ni kt narutocentral.com. minggu lepas xda episod baru yg kuar. 2minggu penantian nk baca manga ni lepas naruto da bole capture nine tails kt lam diri dia tu. tup2 si Kisame ngn pedang dia "Samehada" ni muncul.. nk larikan diri ngn info yg dia da dpt pasal naruto, tnpa sengaja jumpa ngn si Gai ni kat blakang pintu air trjun tempat naruto masuk lawan ngn nine tails tu. fight la dulu...

++++++++++

si Gai ni mmg power giler lam episod kali ni. banyak skil2 baru yg dikuarkan oleh beliau. Leaf Whirlwind - sepakan sambil berputar, Morning Peacock (pergh!! tumbukan berapi dengan sejuta tangan), Afternoon Tiger - jurus terakhir episod ni, open gate sampai tahap ke-8 dan yg paling besh skali, Gai ni gak telah mengeluarkan summoning monster dia iaitu "LABI" (labi merupakan sejenis haiwan yg lebih kecil berbanding kura-kura). silap2 aribulan, Kisame ni mmg kalah kt tangan si Gai ni gak..

++++++++++

Pada murid2 yg nk baca online manga ni, bole la layari Naruto Central .com. (klik sini) dkat Onemanga.com pn bley gak. tp kalo xsilap G link ni kua lambat 1episod dari Naruto Central.. suka ati murid2 la nk buka yg mana ea.. selamat berinternet dan selamat berbuka.. (lebih kureng 47minit lagi)

Friday, August 20, 2010

Lagi 20 Hari....

lambatnye nk raya.. G da xsabar ni. bknnye xsabar nk raya, tp xsabar nk makan siang.. rindu sgt nk mkn siang ni. abis bulan posa ni boley la melantak byk2 time siang. nk ajak member2 kua lepak kedai kopi siang ari plak.. pekena kuew tiaw basah ngn neslo ais.. pergh!! berair idung ni..

++++++++++

esk bru masuk ari kesebelas posa.. alhamdulillah xda tinggal ag.. terawikh je yg da tinggal separuh.. malam td pn xg terawikh ag. nk online punya pasal. tup.. tup.. kul 2pg baru internet ni ok. hehe...

++++++++++

Apa yg best pasal raya ni ea?? org2 yg tersayang balik la. adik bradik, member2 n pojaan hati.. baju raya xde xpe.. jnji ada baju nk pakai. sebut pasal baju ni klik cni jap ea.. machairbundle


Live Traffic Pada Blog


Assalamualaikum.. (lapar weh..)
live traffic ni bertujuan untuk memberitahu jumlah pengunjung ke sesebuah laman blog dan dari mana mereka datang (disamping memeriahkan lagi suasana blog kita la..). Live traffic yg G guna lam blog ni G amik dari feedjit.com... kalo murid-murid nk jugak, amik je la ea.. kt bawah ni G terangkan serba sedikit cara untuk meletakkan live traffic pada blog murid-murid plak..
Cara Meletakkan Live Traffic Pada Blog (feedjit.com)
  • first skali murid-murid klik je link ni.. feedjit.com
  • da bley masuk site ni, murid-murid boley trus pilih nk install feedjit ni kt mana. bloger, wordpress or other blog.. then klik GO.
  • sblum tu murid2 gak ley uat customization. boley pilih color ngn saiz yg sesuai utk blog murid-murid.. pilih blog then klik GO..
  • kemudian klik "click to open a new window and install on Blogger"


  • sign in account blooger... dan klik je pada add widget.
  • murid-murid bole susun ikut hati berkenan lepas tu...
  • sekian~

Thursday, August 19, 2010

woooiii!!


assalamualaikum.. ehem, bulan posa ni, ada ke patot title perkenalan G bubuh "woi". x patut.. x patut... gapo2 pn.. G nk bagi salam skali lagi.. ASSALAMUALAIKUM.. (2x pahala)

hari Jumaat, 20 august 2010, pkl 3 pg.. tarikh lahir blog ni la nih.. 2 hari lepas besday G (xdop hadiah ag nih.. ishk..ishk..). pasal apa G uat blog ni pn G xtao. nk ngara je kOt.. nk tulis pe yg telintas kt kepala, pe yg melintas kt depan mata.. piaw.. piaw.. nk bagi org baca..

**********
"skOlOh.blogspot.com" nape taruk nama "skoloh" plak?? xpayah tanya.. mmg xda jawaban.. @#$^&*($@^ saje je kot. hehe... nk skoloh oreng la, kalo da rasa xlepas nk skoloh oreng, oreng yg skoloh G, x gitu??

keje G ari2 ngadap kalkulator ni je, eh silap.. laptop la.. uat tambah sakit mata.. tu la tibe2 rase cm nk uat blog plak ni. isi masa yg x terluang.. masa terluang G uat mende len plak.. huhu..

sape2 rasa nk saing nge G, follow la ea.. xtao nk kecek mende da ni. nk tunggu sahur.. tgk tb dulu la kot.. chow dulu ea.

ASSALAMUALAIKUM (3da pahala)

IKLAN BEST!! KLIK KEJAP