Related Posts with Thumbnails

Sunday, December 26, 2010

MALAYSIA MEMANG BOLEH!!

Tak terucap perkatan, tak terluah perasaan, tak tergambar keriangan.. memang da tak tau nak kata apa lagi.. beribu tahniah, berjuta syabas dan tak ternilai terima kasih yang ingin kami ucapankan pada hero-hero malaya ni.. tenunglah wajah-wajah di atas yang telah meratah dan mencakar si garuda hingga rebah di stadium keramat kita tadi..

Kalau diikutkan, semua sekali adalah yang terbaik malam ni. Norshahrul dengan gerakannya yang menarik walaupun jari masih berinai, Safee Sali dengan 2 golnya, Ashaari pemain gantian yang sememangnya berbisa, Kunalan dengan pecutannya, Muslim, Fadhli Sas dan Asrarudin yang gagah mengawal pertahanan Malaysia, pemain2 tengah dan tak lupa penjaga gol terbaik Malaysia, Khairul Fahmi yang sentiasa tenang menahan asakan lawan. Apa yang penting semuanya... MADE IN MALAYSIA!!


Apa yang tak baik malam ni cuma 1 je.. penyokong yang bawak laser.. tak tahu la penyokong kita atau indon, tapi bila da jadi kat tempat kita, komfem2 la penyokong kita yang dipersalahkan.. pada sape-sape yang bodoh kelu bawak laser tu.. jangan la diamalkan lagi. Malaysia nak pegi jauh lagi ni.. lepas ni kita nak menyerlah di peringkat asia pulak pastu tak mustahil kalo kita boleh mengintai ruang ke peringkat dunia pulak.. apa-apa pn.. tanpa penyokong setia ni, kita tak kan kemana.. kerana anda semua memang TERBAIK!! stadium kita penuhkan, sorakan kita laungkan, depan tv pn dok melompat keriangan.. terima kasih RTM yang sudi menyiarkan siaran penuh malam ni. harap2 final kedua nanti pn start pukul 8 gak la ea.. berita tv lain pn ada. hehe..

G memang ada mimpi da yang Malaysia akan menang. baru je semalam mimpi. Tapi tersasar skit la. G mimpi menang 3-1. Da post dlm fb da sbelum ni. Kalo tak caye tgk pic kt bawah ni..


Ha.. tersasar skit je mimpi G tu.. kita menang 3-0, tak bolos 1 pn. Caya lah Apek.. Kurang 1 tu pn untuk kebaikan kita gak la. Kalo bolos gol Malaysia td, Indonesia da ada kelebihan da. Apa2 pn, kejayaan kali ni tak leh nk celebrate lebey2 ag, masih ada 90 minit ag kat tempat lawan. Pada pemain2 lakukan yang terbaik di sana nanti.. harapan semua rakyat Malaysia ada di tangan kalian.. Malaysia Boleh!!


p/s : semua gambar2 bola diatas adalah dari ikhsan affsuzukicup.com. (kena bagi link, takot ada org marah.. :P)

Wednesday, December 22, 2010

Result PMR dah keluar.. Tahniah my bro. TERBAIK!!

- Muka kanak2 gembira dengan result PMR beliau -

Salam PMR.. haha.. Hepy sangat G hari ni. Nak tau pasal ape?? Adik bongsu G dapat 9A. Tahniah la ea pada beliau. Hadiah claim nanti abe G da ada duit. Skang ni nga pokai ag. hehe.. Tarikh rasmi Keputusan PMR adalah hari ni bersamaan dengan hari Rabu, 23 Disember 2o1o.. Rasanya semua da tahu kan.. Sori la lame sangat tak post entry baru.. Streamyx selalu sangat problem time2 hujan camni.. (bukan malas tau..) Pada murid2 yang dapat keputusan cemerlang tu tahniah la ea. Pada yang kurang cemerlang tu, usaha lagi.. SPM 2 tahun je lagi.. cuti sekolah pn da nak abis da ni.. Tinggal lebih kurang seminggu je lagi.. Dah beli baju sekolah baru ke??? da beli beg sekolah baru ke?? dah beli kasut sekolah baru ke?? Jom pakat paw mak bapak kalian. Tu je la entry dari G kali ni. Salam sekolah dari G. Babai..

- Wow.. 9A tu.. -

Wednesday, December 15, 2010

Malaysia Bawa Bekalan Selesa Ke Vietnam


Malaysia 2, Vietnam 0.. Separuh akhir pertama Suzuki Cup 2010 berkesudahan dengan kemenangan menjadi milik pasukan Malaysia. Dengan dua gol jaringan Safee Sali, Malaysia boleh dikatakan membawa bekalan selesa ke Vietnam Sabtu nanti untuk mengharungi perlawanan kedua. Namun macam yang selalu kita dengar.. "dalam bolasepak, tak ada apa yang mustahil".. maybe Vietnam boleh mengalahkan Malaysia dengan jaringan lebih besar di gelanggang keramat mereka nanti. Apa-apa pun boleh terjadi.. kan.. kan.. Tapi tu cerita sabtu nanti la. Malaysia mungkin akan bermain secara bertahan di Vietnam nanti.. Sebab kita memang agak kebal bila bermain bertahan.. Thailand pun boleh seri 0-0 je ngan kita. Hehe.. Barisan pertahanan kita muda-muda dan lincah di tambah plak dengan kehadiran penjaga gol yang memang terbukti sukar untuk ditewaskan.. Tahniah Malaysia.. harap-harap tahun ni kita boleh melangkah ke final dan bertemu Indonesia sekali lagi.. Jangan kena teruk cam perlawanan pertama hari tu sudah la.. sekian, majulah bola untuk Malaysia.. :P

Thursday, December 9, 2010

Suami-Suami Contoh !!

Jom kita semua pakat usha gambar suami-suami contoh kat bawah ni.. erk!! Korang tak tahu ke suami tu apa?? Suami ni didefinasikan sebagai orang (bukan makanan atau binatang) yang dikahwini oleh seseorang perempuan. Oleh itu.. suami ni adalah lelaki bukan perempuan... so.. jom la kita pakat usha gambar2 kat bawah ni ea. Kita tengok mana yang terbaek.. :P

dan mereka-mereka yang tercalon adalah..



Agak lucah sedikit.. :P

Contoh-contoh suami uzur. Kena suh bini buat kerja..

Dikecualikan.. Kerana si isteri memang kelihatan lebih kuat berbanding si suami..

Hari dera bini sedunia.. haha..

Bini 2. 2 2 dok dalam kandang.. hampeh!!

Wah!! tak sakit bontot ke kak dok cmtu tu??

"Aku syang basikal lebey dari bini" kata beliau..

bukan nak dera.. tapi terpaksa..

haha.. stylo la bro. komfem tak kekal lama..

Di ingatkan disini!! bini untuk disayangi bukan tuk dibinatangi..

mana bini dia ni??


dan gambar-gambar dibawah plak adalah contoh-contoh bini gagah perkasa, suami tak guna apa..




haha.. hebat2 kan. Bukan suami, tapi si isteri yang hebat. Suami-suami diatas ni hanya boleh tercalon sebagai suami contoh tak baik. contoh2 suami zalim.. contoh2 suami tak sayang isteri.. Tu saja dari G untuk entry kali ni. Sayangi la isteri anda..

Sekian dari G, Tinggal2kan la komen anda di bawah ea.. babai~

Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah 1432


Assalamualaikum..

G cuma nak ucapkan salam MAAL HIJRAH 1432 dan selamat tahun baru buat semua pren-pren yang sudi singgah kat SKOLOH ni. Moga tahun baru ini menjadi permulaan bagi semua perkara-perkara yang baik untuk kita semua.. Mantapkan iman dan jaga amalan..

Assalamualaikum.. :)

Saturday, December 4, 2010

Aktiviti Best Cuti Sekolah : Mandi Pantai


haha.. sape yang tak suka mandi pantai?? angkat tangan tutup ketiak!! Ha.. G da agak da, majoriti orang2 yang datang skoloh ni semuanya suke mandi pantai walaupun G sendiri yang agak tidak pandai dalam bab-bab berenang ni pun tetap suke mandi pantai.

++++++++++

Kat pantai ni macam-macam aktiviti korang boleh buat.. korang boleh mandi pantai, boleh berjemur kat pantai ala-ala mat salleh gitu, boleh buat sukaneka ngan kawan-kawan atau fameli, boleh buat barbeku, amik gambar, layan jiwang, hehe.. dan macam-macam lagi la.. So.. apa kata cuti skoloh kali ni korang ajak la fameli atau kawan-kawan korang piknik kat pantai. Besh.. kalo tak caye pegi la.. Tapi tengok cuaca gak la ea. Jangan dok pegi melepak kat pantai time-time hujan camni. tak elok la.. ombak pn besar, bahaya kalo mandi.. Apa yang penting, selalu la utamakan keselamatan kat pantai tu. Pada yang tak pandai berenang men kat tepi2 je la ea... Selamat bercuti buat semua dan kita layan gambar2 G time berpiknik kat pantai Cherating masa blaja dulu.. hehe..

Sesi Bermain Air


Sesi Berbarbeku

Sesi Bermakan Barbeku


Sesi Berjiwang

Sesi Berspeaking Ngan Minah Omputih


Sesi Berfotografi

haha.. beshkan. Tu la.. G cakap tak nak caye. Apa lagi.. jom la lepak kat pantai ea. mandey!!!

IKLAN BEST!! KLIK KEJAP