Related Posts with Thumbnails

Monday, August 13, 2012

MERAH

Merah, merah dan merah lagi.. memang meriah la punch kad aku bulan ni.. tak sampai tengah bulan pun lagi, dah 5,6 hari aku datang lewat.. dan hari ni, aku lewat lagi..

Dah kunci jam da pun, dah suruh orang tolong kejutkan, tapi pukul 7.30 pagi gak aku bangun... angkara siapa?? angkara aku la tu.. "tido lewat malam"..  pukul 10 malam keluar, pukul 3 pagi baru reti nak balik.. nak bangun pukul 6.30 pagi, memang susah la aku.. biar tido lewat, janji tido cukup.. kan kan..


Dan pengajaran bagi aku, kalau nak bangun awal, sila tido awal.. keluar 10 malam balik kul 3 pagi tahu tak aku buat apa?? ha.. ni la keje aku..

+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+

Berkaraoke lagu raya. hehe.. Berempat je. 3 orang ni la tukang planning, biar pun aku la yang paling kuat sekali melolong....




Thursday, August 2, 2012

KEPUTUSAN UNDIAN PIALA MALAYSIA 2012



Petang semalam (Rabu, 2/8/2012) telah berlangsungnya upacara undian bagi perlawanan peringkat kumpulan Piala Malaysia 2012. 16 pasukan yang telah layak bertanding telah dibahagikan kepada 4 kumpulan. berikut adalah keputusan undian bagi keempat-empat kumpulan..








Mana Hilangnya OYENG??


Sunday, July 29, 2012

Laaa..... Paarrrrr...~

12.57 tengahari, 10 Ramadhan...

Adeeeiii...~ 10 hari puasa, ni lah hari pertama aku tak bersahur. Bukan sengaja tak nak bangun, tapi tak sedarkan diri pada waktu sepatutnya aku bersahur tadi (waktu sahur aku : lingkungan jam 4 pagi hingga 5.30 pagi). Sedih woo... aku dah ciap tapau lauk da malam semalam. Kesian kat kembong 3 rasa ngn sayur kailan ikan masin yang aku tapau tu.. Tak terjamah la dikau dek aku tadi ea.. Nak buat macam mana, dah tak da rezeki kn kn.. 

Bile dah tak bersahur ni, memang banyak la dugaannya.. Dugaan yang paling besar sekali tak lain dan tak bukan ialah.. KELAPARAN~ buktinya.. baru pukul 10 pagi, perot aku ni dah mula mendendangkan iramanya yang tersendiri mengikut rentak lagu najwa latif, "kosong.. kosong.. ooo.. oo.." 

Dan bila perot ni kelaparan, kepala pun mulalah membayangkan makanan yang bukan-bukan dan bermacam-macam.. kejap nak makan pizza, kejap nak pekena nasi lemak, tibe-tibe plak rasa macam nak makan secret recipe cake.. huh!! macam-macam la..

alahai.. teringat makan cake ngn tunang wa la plak..


Dugaan lainnya pula adalah KELETIHAN dan KEPENATAN. Tak sahur bro, mesti la penat kan.. last makan semalam pun time berbuka je.. pastu terus pegi jelajah bundle area bangi ngn kajang. Pukul 11.30 malam dah tercegak plak kat uptown kajang sampai la pukul 1 pagi.. Perot tak ada isi pe2 pun dari lepas berbuka tu tau.. tup tup.. pagi ni bleh tak sedar sahur plak.. huhu.. sadis sunggos~ (dah tido pun pukul 2 lebih, camna la nak bangun kan kan..)

Dan disebabkan aku ni telah diserang ngn dugaan2 yang makin melampau-lampau ni, lebih baik la aku tido kan.. Jam pun dah lebih 1 tengahari ni.. try tido jap la.. besh tao tido tengahari kat opis time bulan puasa camni. Mudah terlena dan terjaga.. tapi tak tao la bley tido ke tak ngn perot lapor cam ni.. tak pe la, aku try!! tak tido makin dilayan lapor ni.. kan berbuka gak aku jap2 lagi.. hehe.. chow dulu.. 

zz..zz..zz..




Saturday, July 28, 2012

KEDUDUKAN PINGAT TERKINI OLIMPIK 2012


I'm Back!!



Salam ramadhan buat semua..

Dah hampir setahun 7 bulan aku tak update blog ni. hehe.. Ingat memang nak tinggal camni je, tapi rase sayang plak (tambah2 bile tengok pulus dalam akaun nuffnang tu da makin bertambah-tambah). Tapi duit bukan niat utama aku berblogging ni. Niatnye saje-saje nak cari kawan, nak cari kenalan sambil-sambil berkongsi apa yang aku lalui, yang aku alami, yang aku baca dan yang aku copy paste skit2.. muahahahaha...

Setahun 7 bulan bukan la waktu yang singkat sebenarnya. Aku pn dah mula dengan kerjaya aku yang baru. (Dah 2,3 kali tukar kerjaya dah) Dengan hidup yang makin tersusun dan teratur insyaallah.. dan dengan status baru.. (gua dah bertunang da..). Kalo ada jodoh mungkin hujung tahun ni aku ke jinjang pelamin dengan pilihan hati lepas hampir 5 tahun kitaorang couple dan bergewe..

Harap-harap, segala apa yang baik yang aku mulakan hari ni, tak berakhir disini. Harap2, semuanya dapat la aku teruskan termasuk berkongsi dengan geng2 semua segala ayat, gambar, video dan segala apa benda dalam blog ni *termasuklah iklan2 dalam ni, jangan lupa klik ea..). Kita sama-sama kongsi, dan kita sama-sama dapat faedahnya. hee.. 

Akhir kata, doakan aku bahagia, doakan aku berjaya dalam hidup, insyaallah korang pn akan dapat nikmat yang sama. 

Bukan niat nak sekolahkan korang, tapi kita sama-sama belajar. belajar dari pengalaman, belajar dari kesilapan, belajar dari segala benda yang kita tempuhi selama ni.. 
Salam ramadhan sekali lagi dan selanat berpuasa... (tamat.. 2.05 pagi..)

Sunday, December 26, 2010

MALAYSIA MEMANG BOLEH!!

Tak terucap perkatan, tak terluah perasaan, tak tergambar keriangan.. memang da tak tau nak kata apa lagi.. beribu tahniah, berjuta syabas dan tak ternilai terima kasih yang ingin kami ucapankan pada hero-hero malaya ni.. tenunglah wajah-wajah di atas yang telah meratah dan mencakar si garuda hingga rebah di stadium keramat kita tadi..

Kalau diikutkan, semua sekali adalah yang terbaik malam ni. Norshahrul dengan gerakannya yang menarik walaupun jari masih berinai, Safee Sali dengan 2 golnya, Ashaari pemain gantian yang sememangnya berbisa, Kunalan dengan pecutannya, Muslim, Fadhli Sas dan Asrarudin yang gagah mengawal pertahanan Malaysia, pemain2 tengah dan tak lupa penjaga gol terbaik Malaysia, Khairul Fahmi yang sentiasa tenang menahan asakan lawan. Apa yang penting semuanya... MADE IN MALAYSIA!!


Apa yang tak baik malam ni cuma 1 je.. penyokong yang bawak laser.. tak tahu la penyokong kita atau indon, tapi bila da jadi kat tempat kita, komfem2 la penyokong kita yang dipersalahkan.. pada sape-sape yang bodoh kelu bawak laser tu.. jangan la diamalkan lagi. Malaysia nak pegi jauh lagi ni.. lepas ni kita nak menyerlah di peringkat asia pulak pastu tak mustahil kalo kita boleh mengintai ruang ke peringkat dunia pulak.. apa-apa pn.. tanpa penyokong setia ni, kita tak kan kemana.. kerana anda semua memang TERBAIK!! stadium kita penuhkan, sorakan kita laungkan, depan tv pn dok melompat keriangan.. terima kasih RTM yang sudi menyiarkan siaran penuh malam ni. harap2 final kedua nanti pn start pukul 8 gak la ea.. berita tv lain pn ada. hehe..

G memang ada mimpi da yang Malaysia akan menang. baru je semalam mimpi. Tapi tersasar skit la. G mimpi menang 3-1. Da post dlm fb da sbelum ni. Kalo tak caye tgk pic kt bawah ni..


Ha.. tersasar skit je mimpi G tu.. kita menang 3-0, tak bolos 1 pn. Caya lah Apek.. Kurang 1 tu pn untuk kebaikan kita gak la. Kalo bolos gol Malaysia td, Indonesia da ada kelebihan da. Apa2 pn, kejayaan kali ni tak leh nk celebrate lebey2 ag, masih ada 90 minit ag kat tempat lawan. Pada pemain2 lakukan yang terbaik di sana nanti.. harapan semua rakyat Malaysia ada di tangan kalian.. Malaysia Boleh!!


p/s : semua gambar2 bola diatas adalah dari ikhsan affsuzukicup.com. (kena bagi link, takot ada org marah.. :P)

IKLAN BEST!! KLIK KEJAP