Related Posts with Thumbnails

Sunday, December 26, 2010

MALAYSIA MEMANG BOLEH!!

Tak terucap perkatan, tak terluah perasaan, tak tergambar keriangan.. memang da tak tau nak kata apa lagi.. beribu tahniah, berjuta syabas dan tak ternilai terima kasih yang ingin kami ucapankan pada hero-hero malaya ni.. tenunglah wajah-wajah di atas yang telah meratah dan mencakar si garuda hingga rebah di stadium keramat kita tadi..

Kalau diikutkan, semua sekali adalah yang terbaik malam ni. Norshahrul dengan gerakannya yang menarik walaupun jari masih berinai, Safee Sali dengan 2 golnya, Ashaari pemain gantian yang sememangnya berbisa, Kunalan dengan pecutannya, Muslim, Fadhli Sas dan Asrarudin yang gagah mengawal pertahanan Malaysia, pemain2 tengah dan tak lupa penjaga gol terbaik Malaysia, Khairul Fahmi yang sentiasa tenang menahan asakan lawan. Apa yang penting semuanya... MADE IN MALAYSIA!!


Apa yang tak baik malam ni cuma 1 je.. penyokong yang bawak laser.. tak tahu la penyokong kita atau indon, tapi bila da jadi kat tempat kita, komfem2 la penyokong kita yang dipersalahkan.. pada sape-sape yang bodoh kelu bawak laser tu.. jangan la diamalkan lagi. Malaysia nak pegi jauh lagi ni.. lepas ni kita nak menyerlah di peringkat asia pulak pastu tak mustahil kalo kita boleh mengintai ruang ke peringkat dunia pulak.. apa-apa pn.. tanpa penyokong setia ni, kita tak kan kemana.. kerana anda semua memang TERBAIK!! stadium kita penuhkan, sorakan kita laungkan, depan tv pn dok melompat keriangan.. terima kasih RTM yang sudi menyiarkan siaran penuh malam ni. harap2 final kedua nanti pn start pukul 8 gak la ea.. berita tv lain pn ada. hehe..

G memang ada mimpi da yang Malaysia akan menang. baru je semalam mimpi. Tapi tersasar skit la. G mimpi menang 3-1. Da post dlm fb da sbelum ni. Kalo tak caye tgk pic kt bawah ni..


Ha.. tersasar skit je mimpi G tu.. kita menang 3-0, tak bolos 1 pn. Caya lah Apek.. Kurang 1 tu pn untuk kebaikan kita gak la. Kalo bolos gol Malaysia td, Indonesia da ada kelebihan da. Apa2 pn, kejayaan kali ni tak leh nk celebrate lebey2 ag, masih ada 90 minit ag kat tempat lawan. Pada pemain2 lakukan yang terbaik di sana nanti.. harapan semua rakyat Malaysia ada di tangan kalian.. Malaysia Boleh!!


p/s : semua gambar2 bola diatas adalah dari ikhsan affsuzukicup.com. (kena bagi link, takot ada org marah.. :P)

9 comments:

IKLAN BEST!! KLIK KEJAP