Related Posts with Thumbnails

Monday, November 1, 2010

20 Sebab KELANTAN Boleh Memenangi Piala Malaysia

Tanggal 1 November 2010 merupakan hari bersejarah buat rakyat2 Kelantan kerana hari ini piala yang telah lama diidam-idamkan telah sampai ke Negeri Cik Siti Wan Kembang dan diarak oleh peminat2 dengan begitu bersemangat. Semangat sebagai JUARA!!.

++++++++++

Penantian selama ini berbaloi juga akhirnya kerana pasukan bola sepak Kelantan 2010 telah memenangi kejuaran Piala Malaysia. Kelantan kini telah sebaris dengan pasukan-pasukan gergasi Malaysia seperti Selangor, Kedah dan Negeri Sembilan dan pasukan Kelantan memang layak digelar juara setelah menghabiskan musim bola sepak tempatan tahun ini dengan menghadiahkan Piala Malaysia kepada negeri Kelantan setelah menduduki tangga kedua di belakang Selangor dalam saingan Liga Super.

++++++++++

Kat bawah ni G ada senaraikan 20 sebab kenapa Kelantan boleh memenangi kejuaraan Piala Malaysia 2010 ini... sila baca ea.. Semua sebab2 ni adalah dari kepala otak G. Pada sapa2 yang tak suke tu harap maaf la ea... yang baik semuanya datang dari Allah dan yang buruk tu datang dari G sendiri..


20 SEBAB KENAPA KELANTAN BOLEH MENANG PIALA MALAYSIA 2010
  1. Nasib menyebelahi Kelantan untuk menang. Sebelum perlawanan, Abe Ya (B. Sathianathan) ada kata nasib juga memainkan peranan untuk membolehkan Kelantan menang dalam saingan merebut kejuaran Piala Malaysia ini, kerana Negeri Sembilan juga merupakan salah satu pasukan terkuat di Malaysia.
  2. Disebabkan peranan jurulatih. Peranan Abe ya sebagai jurulatih telah membawa Kelantan menjuarai Piala Malaysia buat kali pertama walaupun pada awalnya ramai yang tidak bersetuju dan sangsi akan kewibawaan beliau untuk membimbing skuad kijang ini.
  3. Tan Sri Anuar Musa juga banyak memainkan peranan dalam peningkatan pasukan Kelantan dalam kancah bola sepak tempatan. Memang tak dapat disangkal lagi, kemajuan bola sepak Kelantan bermula selepas Tan Sri mengambil alih KAFA.
  4. Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan juga turut memainkan peranan dalam kejayaan Kelantan di final tempoh hari. Berkat doa Tok Guru, Kelantan berjaya merangkul Piala Malaysia kali ini.
  5. Disebabkan oleh semangat balas dendam di atas kekalahan pada final Piala Malaysia tahun lepas di tangan pasukan Negeri Sembilan.
  6. Untuk menunaikan impian penyokong-penyokong Kelantan yang sentiasa memberi semangat kepada pasukan kesayangan mereka tanpa jemu dan penat. "Kelantan Fan The Fire"
  7. Bagi membuktikan pada semua terutama sekali pada pihak-pihak yang banyak maki hamun, boikot dan pandang rendah kepada team Kelantan selama ini.
  8. Sebab Kelantan mempunyai penyerang-penyerang yang berbisa dan merupakan pasukan yang mempunyai bahagian serang yang paling ampuh di Malaysia. Tahniah Norshahrul Idlan, Hairuddin Omar, Akmal Rizal.. Anda semua penyumbang kepada kejayaan Kelantan.
  9. Mempunyai pemain bahagian tengah yang mantap. Kebanyakan perlawanan yang memberi kemenagan kepada pasukan Kelantan adalah disebabkan pasukan dapat menguasai bahagian tengah ketika permainan. Badri Radzi, Shakir Shaari, Indra Putra, Norfarhan.. Anda memang JUARA!!
  10. Sebab Kelantan dibarisi pemain pertahanan yang kental. Biarpun Azizi Mat Rose dan Subramaniam mengalami kecederaan, pertahanan Kelantan tetap teguh dengan dibarisi pemain-pemain kental seperti Daudsu, Farisham, Rizal Fahmi dan Zairul Fitrie..
  11. Disebabkan penjaga gol terbaik Malaysia adalah anak jati Kelantan. Tahniah Khairul Fahmi Che Mat.. teruskan peningkatan anda.
  12. Disebabkan oleh sikap rakyat negeri Kelantan yang banyak berdoa dan alim2. "Bola, bola jugok, semaye x tinggal.."
  13. Sebagai hadiah keatas pemasyhuran DYMM Sultan Muhammad Ke-5 sebagai Sultan Kelantan. Daulat Tuanku!!
  14. Sebab tahun ini adalah tahun bola sepak di Kelantan.
  15. Disebabkan Kelantan tak pernah menjadi juara Piala Malaysia sebelum ini. So, Piala FA ngan Liga Super tahun depan pn, mintak2 boleh bawak balik KB gak la ea..
  16. Sebab pemain2 Negeri Sembilan gugup dengan sorakan hampir 60ribu penyokong The Red Warrior di stadium malam tu.
  17. Sebab pemain2 kelantan bersemangat untuk menang dan menjadi juara serta tidak pernah berputus asa. Pemain2 mempunyai motivasi yang tinggi untuk menang. Tak ada yang lain selain menang. Pemain mahu jadi juara dan tidak berpuas hati selain juara.
  18. Disebabkan oleh pengurusan pasukan dan persatuan dengan pentadbiran yg terbaik (komited untuk memajukan sukan bola sepak tanah air).
  19. Sebab Kelantan memang berhak. Telah banyak liku2 pahit getir yang dilalui oleh persatuan, pemain dan penyokong2 dengan denda, sabotaj, dikhianati, digelar pengganas dan macam2 lagi. Kelantan telah membuktikan, mereka memang berhak keatas piala ini.
  20. Sebab team Kelantan memang terer main bola.
"Bola, bola jugok, semaye jange tinggal"


Akhbar-akbar tempatan dipenuhi dengan berita kejayaan pasukan
Kelantan merangkul Piala Malaysia (Ikhsan dari Ahmad Faqih Pauzi)

14 comments:

  1. tahniah atas kemenangan kelantan.
    sob.sob.
    jeles ah..
    chow.. -.-

    ReplyDelete
  2. terbaek lah kelantan!
    penat gue bace smpai abess.hehe tp suke yg pic smayang jmaah tu..Alhamdulillah...:)

    ReplyDelete
  3. tu la pasal.. bkn pada team kelantan je, tp tuk sume team. walau pe pn kite minat, ibadat jgn tinggal..

    ReplyDelete
  4. murid-murid kata...tahniah kelantan..best dapat xtra cuti.

    ReplyDelete
  5. cuti2 gak. tp kena rajin la singgah SKOLOH G ni.. hehe..

    ReplyDelete
  6. lg satu sebab aku tak tgk. kalau aku tgk, negeri 9 monang ;p

    ReplyDelete
  7. hehe.. rugi la xtgk kalo cm2. kna support la ngri sendiri..

    ReplyDelete
  8. Salam..

    Bagus la. Maintain antara dunia dan akhirat. Bola2 juga, yang wajib jangan tinggal..
    ALHANDULILLAH..

    ReplyDelete

IKLAN BEST!! KLIK KEJAP