Related Posts with Thumbnails

Wednesday, November 3, 2010

Keputusan Pilihanraya Kecil Dun Galas dan Batu Sapi

Assalamualaikum..

Hehe.. G nk tulis mende tak tao pasal pilihanraya kecil ni. Sebenarnya, G bukan ambil tahu sgt pasal politik ni. Kalau tahu pn, sikit sangat. Tapi saje je nak tulis-tulis.. Disebabkan keputusan pilihanraya kecil bagi kedua-dua kawasan ni mungkin hanya akan diketahui pada pukul 8 malam ni, So setakat ni, G boleh cerita sikit-sikit pasal calonnya je la ea.. Pilihanraya kecil ni akan diadakan serentak di kedua-dua kawasan iaitu di Galas, Gua Musang, Kelantan dan Batu Sapi, Sabah pada hari ni, Khamis, 4 November 2010..

++++++++++
Pilihanraya kecil di Galas N45 ni terpaksa diadakan setelah kematian penyandangnya sebelum ini iaitu Chek Hashim, 48 pada 27 September lalu disebabkan oleh penyakit barah usus manakala pilihanraya di Batu Sapi P185 pula diadakan setelah kematian penyandang sebelum ini iaitu Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu 9 Oktober lalu.. Kat bawah ni G ada senaraikan calon-calon yang akan bertanding hari ni bagi kedua-dua kawasan yang mana di Galas pemilihan hanyalah dari calon Barisan Nasional dan PAS manakala di Batu Sapi pula merupakan perebutan 3 penjuru di antara Barisan Nasional, Parti Keadilan Rakyat dan SAPP..

++++++++++


CALON PILIHANRAYA KECIL GALAS, N45


CALON PILIHANRAYA KECIL BATU SAPI, P185


Mengikut SPR, pengumuman keputusan pilhanraya kecil bagi kedua-dua kawasan dijangkakan akan dibuat serentak iaitu kira-kira jam 8 malam nanti. Bagi G keputusan pilihanraya kecil ini mungkin berguna sebagai analisis bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang akan datang bagi semua parti-parti yang bertanding.. Pada pengundi-pengundi yang cerdik pandai sekalian, anda diingatkan untuk berfikir baik-baik dan bijaklah dalam membuat undian dan ingat!! "UNDI ADALAH RAHSIA".. salam..

Jersi Baru Bolasepak Malaysia 2011


Salam 1 Malaysia. Entry kali ni G nk tunjukkan kt korang gambar jersi terbaru pasukan bolasepak Malaysia 2011 yang mana bagi G jersi lama lagi lawa. Pelancaran jersi ni telah berlangsung di Wisma FAM semalam (3 November 2010) oleh Timbalan Presiden FAM, KDYTM Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah.

++++++++++

Jersi ni akan mula digunakan pada perlawan di Sukan Asia yang akan berlangsung lebih kurang 2 minggu lagi yang mana pasukan bolasepak negara kita telah diundi untuk berada satu kumpulan dengan gergasi bolasepak asia iaitu Jepun dan China (tuan rumah Sukan Asia 2010). Harap-harap jersi baru ni akan menaikkan lagi la semangat juang pemain-pemain bolasepak negara kita di Sukan Asia nanti.

++++++++++

Pada mereka-mereka yang berminat untuk memiliki jersi baru pasukan bolasepak Malaysia ini, jangan lupa beli la ea. Jersi ni akan mula di jual pada 8 November 2010 dengan harga RM199 kalo tak silap. Tak mahal sangat la tu kot.. Gambar-gambar jersi baru tu adalah seperti dibawah. Jangan lupa komen ea. Assalamualaikum...


- Jersi home away ngn sweeter pasukan bolasepak Malaysia 2011 -

- Lambang bendera Malaysia di bahagian dada sebelah kiri jersi -

- Tab Nike di bahagian bawah jersi -

- Bahagian dalam jersi dengan tulisan "Tanah Tumpah Darahku" -

- Pasangan kembar bolasepak negara bergaya sakan dengan jersi baru yang mana diorang memang dah komfem tak boleh main kat Sukan Asia nanti akibat masalah kecederaan -


CE CE CE, MEN MEN MEN,
SUDAH BACA, HARAP KOMEN..
~SEKIAN~

Monday, November 1, 2010

20 Sebab KELANTAN Boleh Memenangi Piala Malaysia

Tanggal 1 November 2010 merupakan hari bersejarah buat rakyat2 Kelantan kerana hari ini piala yang telah lama diidam-idamkan telah sampai ke Negeri Cik Siti Wan Kembang dan diarak oleh peminat2 dengan begitu bersemangat. Semangat sebagai JUARA!!.

++++++++++

Penantian selama ini berbaloi juga akhirnya kerana pasukan bola sepak Kelantan 2010 telah memenangi kejuaran Piala Malaysia. Kelantan kini telah sebaris dengan pasukan-pasukan gergasi Malaysia seperti Selangor, Kedah dan Negeri Sembilan dan pasukan Kelantan memang layak digelar juara setelah menghabiskan musim bola sepak tempatan tahun ini dengan menghadiahkan Piala Malaysia kepada negeri Kelantan setelah menduduki tangga kedua di belakang Selangor dalam saingan Liga Super.

++++++++++

Kat bawah ni G ada senaraikan 20 sebab kenapa Kelantan boleh memenangi kejuaraan Piala Malaysia 2010 ini... sila baca ea.. Semua sebab2 ni adalah dari kepala otak G. Pada sapa2 yang tak suke tu harap maaf la ea... yang baik semuanya datang dari Allah dan yang buruk tu datang dari G sendiri..


20 SEBAB KENAPA KELANTAN BOLEH MENANG PIALA MALAYSIA 2010
  1. Nasib menyebelahi Kelantan untuk menang. Sebelum perlawanan, Abe Ya (B. Sathianathan) ada kata nasib juga memainkan peranan untuk membolehkan Kelantan menang dalam saingan merebut kejuaran Piala Malaysia ini, kerana Negeri Sembilan juga merupakan salah satu pasukan terkuat di Malaysia.
  2. Disebabkan peranan jurulatih. Peranan Abe ya sebagai jurulatih telah membawa Kelantan menjuarai Piala Malaysia buat kali pertama walaupun pada awalnya ramai yang tidak bersetuju dan sangsi akan kewibawaan beliau untuk membimbing skuad kijang ini.
  3. Tan Sri Anuar Musa juga banyak memainkan peranan dalam peningkatan pasukan Kelantan dalam kancah bola sepak tempatan. Memang tak dapat disangkal lagi, kemajuan bola sepak Kelantan bermula selepas Tan Sri mengambil alih KAFA.
  4. Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan juga turut memainkan peranan dalam kejayaan Kelantan di final tempoh hari. Berkat doa Tok Guru, Kelantan berjaya merangkul Piala Malaysia kali ini.
  5. Disebabkan oleh semangat balas dendam di atas kekalahan pada final Piala Malaysia tahun lepas di tangan pasukan Negeri Sembilan.
  6. Untuk menunaikan impian penyokong-penyokong Kelantan yang sentiasa memberi semangat kepada pasukan kesayangan mereka tanpa jemu dan penat. "Kelantan Fan The Fire"
  7. Bagi membuktikan pada semua terutama sekali pada pihak-pihak yang banyak maki hamun, boikot dan pandang rendah kepada team Kelantan selama ini.
  8. Sebab Kelantan mempunyai penyerang-penyerang yang berbisa dan merupakan pasukan yang mempunyai bahagian serang yang paling ampuh di Malaysia. Tahniah Norshahrul Idlan, Hairuddin Omar, Akmal Rizal.. Anda semua penyumbang kepada kejayaan Kelantan.
  9. Mempunyai pemain bahagian tengah yang mantap. Kebanyakan perlawanan yang memberi kemenagan kepada pasukan Kelantan adalah disebabkan pasukan dapat menguasai bahagian tengah ketika permainan. Badri Radzi, Shakir Shaari, Indra Putra, Norfarhan.. Anda memang JUARA!!
  10. Sebab Kelantan dibarisi pemain pertahanan yang kental. Biarpun Azizi Mat Rose dan Subramaniam mengalami kecederaan, pertahanan Kelantan tetap teguh dengan dibarisi pemain-pemain kental seperti Daudsu, Farisham, Rizal Fahmi dan Zairul Fitrie..
  11. Disebabkan penjaga gol terbaik Malaysia adalah anak jati Kelantan. Tahniah Khairul Fahmi Che Mat.. teruskan peningkatan anda.
  12. Disebabkan oleh sikap rakyat negeri Kelantan yang banyak berdoa dan alim2. "Bola, bola jugok, semaye x tinggal.."
  13. Sebagai hadiah keatas pemasyhuran DYMM Sultan Muhammad Ke-5 sebagai Sultan Kelantan. Daulat Tuanku!!
  14. Sebab tahun ini adalah tahun bola sepak di Kelantan.
  15. Disebabkan Kelantan tak pernah menjadi juara Piala Malaysia sebelum ini. So, Piala FA ngan Liga Super tahun depan pn, mintak2 boleh bawak balik KB gak la ea..
  16. Sebab pemain2 Negeri Sembilan gugup dengan sorakan hampir 60ribu penyokong The Red Warrior di stadium malam tu.
  17. Sebab pemain2 kelantan bersemangat untuk menang dan menjadi juara serta tidak pernah berputus asa. Pemain2 mempunyai motivasi yang tinggi untuk menang. Tak ada yang lain selain menang. Pemain mahu jadi juara dan tidak berpuas hati selain juara.
  18. Disebabkan oleh pengurusan pasukan dan persatuan dengan pentadbiran yg terbaik (komited untuk memajukan sukan bola sepak tanah air).
  19. Sebab Kelantan memang berhak. Telah banyak liku2 pahit getir yang dilalui oleh persatuan, pemain dan penyokong2 dengan denda, sabotaj, dikhianati, digelar pengganas dan macam2 lagi. Kelantan telah membuktikan, mereka memang berhak keatas piala ini.
  20. Sebab team Kelantan memang terer main bola.
"Bola, bola jugok, semaye jange tinggal"


Akhbar-akbar tempatan dipenuhi dengan berita kejayaan pasukan
Kelantan merangkul Piala Malaysia (Ikhsan dari Ahmad Faqih Pauzi)

Sunday, October 31, 2010

SKOLOH Telah Di Tag

Sejuknya.. Sehari suntuk hujan turun. Tak berhenti-henti dari semalam lagi. Sebab tu la tibe2 je rasa nk makan megi. Hujan2 camni, perot mintak diisi la. hehe... Blogwalking sambil makan megi. Paling best~

Nga ralik2 dok blogwalking td, G baru perasan. Rupa2nya ada member2 blog telah tag SKOLOH dalam blog dorang. Terima kasih la ea.. G hargai sangat2 tag2 korang tu. Lainn kali tag byk2 lagi la ea.. Tengkiu kat Eiyda, dan tengkiu gak kat Dieabella.. SKOLOH ni tak da la comel sangat.. Ada masa nanti, rajin2 la singgah SKOLOH ea.. Ni G tak balik blog2 korang. Assalamualaikum...


Tag nama SKOLOH kat blog ~eiYda~



Tag nama SKOLOH kat blog +diebella+



+++ sakit perot la plak makan megi malam2 camni.. serbu jamban dulu, pastu tido..

Saturday, October 30, 2010

Sejarah Tercipta.. KELANTAN JUARA!!

Tahniah Kelantan kerana telah menjadi juara. Gelaran Juara Piala Malaysia yang memang dah lama kita semua idamkan, kini dah menjadi nyata. Bukan lagi angan2 atau mimpi yang tak kan menjelma... The Red Warrior memang JUARA!! hehe..


30 minit pertama, pemain2 Kelantan memang nampak sgt gugup. G dok tanya2 mana strategi dan corak permainan yang ditunjukkan ketika menumbangkan si kenari dan gergasi merah kuning sebelum ni. Gol pertama Negeri Sembilan bukan salah Apek (Khairul Fahmi Che Mat) sorang je. Tapi nampak sangat kealpaan di barisan pertahanan negeri Kelantan itu sendiri. Sama la di bahagian tengah dan penyerang. Banyak peluang yang dilepaskan. G agak terpaku melihat pemain2 Negeri Sembilan yang nampak bersunguh2 mahukan bola pada 30 minit pertama tu. Negeri Sembilan mudah sangat dapat merampas bola dari pemain Kelantan. Tapi minit2 selepas tu, kegugupan Kelantan mula hilang. Banyak serangan yang ditujukan kearah pertahanan dan gawang Negeri Sembilan...

Masuk separuh masa kedua, Kelantan mula menunjukkan bisa. Kijang pn dah nampak macam ular sawa. Tahniah!! Gol pertama The Red Warrior muncul tak lama selepas tu. Hasil tandukan kepala botak berbisa Hairuddin Omar yang mana tahun lepas pernah mengecewakan Kelantan dengan bisa dikepalanya juga. Selepas gol penyamaan Kelantan, kegugupan mula beralih kepada pemain Negeri Sembilan. Ditambah lagi dengan sorakan dari lautan merah yang semakin berombak-ombak dan mengalunkan nada "GOMO KELATE GOMO!!" hehe.. memang tak dapat dinafikan juga, kebangkitan Kelantan bermula selepas berlakunya kecederaan pemain pertahanan yang paling kental Negeri Sembilan (merangkap kapten pasukan), Aidil Zafuan.. Tahniah pada Norshahrul Idlan kerana berani memberi asakan kepada satu-satunya kubu kuat Negeri Sembilan itu..

Gol kemenangan Kelantan hadir daripada jaringan cantik anak jati Kelantan sendiri, iaitu saudara Piya (Badri Radzi). Tahniah Piya, "kaki mu meme lawa". Tahniah juga kerana dipilih menjadi pemain terbaik perlawanan akhir Piala Malaysia tadi.. Sejujurnya.. anda memang layak. Jaringan yang dilakukan oleh Piya mungkin akan sentiasa berada di dalam ingatan penyokong dan peminat-peminat bola sepak Kelantan.


Tahniah ni sebenarnya banyak lagi yang nk G tujukan, kepada pemain2, kepada pihak pengurusan, kepada jurulatih Kelantan, B. Sathianathan, kepada Dato' Anuar Musa, pada Tok Guru dan tahniah.. tahniah.. tahniah.. kepada penyokong Kelantan yang paling best di alam semester.. Sek-sek mu la pemenang yang sebenarnya. "Gomo Kelate Gomo".. Bola sepak Kelantan akan sentiasa meriah dengan sokongan daripada penyokong2 kita yang ikhlas dan bersemangat ini.. bereh.. assalamualaikum~

Friday, October 29, 2010

FINAL PIALA MALAYSIA 2010 : Kelantan lawan Negeri Sembilan

"GOMO KELATE GOMO"
"HOBIN JANG HOBIN"

Hari ni adalah hari penentuan, hari ni adalah hari pembalasan, hari ni adalah hari bagi juara.. Tinggal beberapa jam je lagi. Juara dan pemilik Piala Malaysia bagi tahun 2010 akan diketahui. Ini piala yang diidamkan. Penentuan diantara Kelantan dan Negeri sembilan, perhitungan antara si rusa dan kijang, pertembungan antara pahlawan merah (kelantan) dan kuning (negeri sembilan). Kedua-dua pasukan telah bersedia, untuk memberikan aksi dan persembahan yang terbaik malam ni. Anda telah diamanahkan oleh penyokong-penyokong pasukan. Pada penyokong2 diharapkan jaga tingkah laku masing2. Ingat!! yang kita sekarang dalam proses memartabatkan bola sepak dinegara kita. Bukan saja pemain, penyokong juga mestilah berwawasan. Jangan lah perkara2 yang tak elok yang lepas2 tu berulang. Tunjukkan kepada dunia, yang negara kita negara ni pencinta bola sepak yang sebenar.

++++++++++

Perhitungan antara B. Sathianathan dan Wan Jamak Wan Hassan

Pada FAM jangan jadi penghalang. Pada pengadil perlawanan, adillah dalam membuat keputusan. Pada pemain, inilah perang, tunjukan siapa lebih jantan dan pada penyokong, mintak tolong sangat-sangat.. jangan jadi setan, jangan lupa sembahyang, walaupun dok terkurung dalam stadium dari petang..

++++++++++


Kat bawah ni G ada senaraikan kesebelasan utama yang mungkin akan diturunkan malam ni. Segala perubahan tertakluk kepada pengurusan pasukan.. hehe..

BARISAN KESEBELASAN KEMUNGKINAN KELANTAN

Penjaga Gol :
Khairul Fahmi Che Mat

Pertahanan :
Daudsu Jamaluddin
Mohd Farisham Ismail
Rizal Fahmi Abdul Rosid
Zairul Fitrie Ishak

Tengah :
Mohd Shakir Shaari
Mohd Badri Radzi
Mohd Norfarhan Mohamad
Indra Putra Mahyuddin

Penyerang :
Norshahrul Idlan Talaha
Hairuddin Omar


BARISAN KESEBELASAN KEMUNGKINAN NEGERI SEMBILAN

Penjaga Gol :
Sani Anuar Kamsani

Pertahanan :
Tengku Qayyum Ubaidillah
Aidil Zafuan
Shukor Adan
Ching Hong Aik

Tengah :
Mohd Alif Shamsudin
Qhairul Anuar Roslani
Abdul Halim Zainal
S Kunalan

Penyerang :
Idris Karim
Shahurain Abu Samah


Pada mana-mana penyokong yang tak dapat bertandang ke Stadium Bukit Jalil (mcm G ni la), Jangan lupa saksikan siaran langsung perlawana di TV1 atau Astro ARENA (Channel 801). Erm.. satu lagi... jangan lupa bagi sorakan.. "GOMO KELATE GOMO", "HOBIN JANG HOBIN" (G adalah penyokong setia The Red Warrior, Kelantan bole menang 2-o.. sekali lagi "Gomo Kelate Gomo!!")

Thursday, October 21, 2010

Erk!! Movie Baru

Salam 21.10.2010, genap 52 hari takde entry baru dalam blog ni. kui... kui.. cerita raya dah lepas, cerita kes bunuh sosilawati dah lepas, cerita kemalangan bas dah lepas, sukan komanwel dah lepas, bajet 2011 pun dah lepas.. sumpah!! memang dah takde modal apa G nk karang dalam ni sebenarnya (campur bz dengan urusan duniawi..). Sekarang ni tak tau nak sibuk pasal apa dah. Sibuk tengok bola je la.. da masuk separuh akhir Piala Malaysia ni. Tahniah pada pasukan-pasukan yang layak, Negeri Sembilan, Johor FC, Kedah dan semestinya Kelantan. hehe.. Nanti separuh akhir ke-2 kat Kota Bharu ni nak pegi tgk la.. erm.. sebelum apa-apa, layan lagu soundtrack filem Dua Alam ni dulu ye.. Mendayu-dayu dan penuh emosi pakcik Ramli Sarip kita ni nyanyi lagu orang. hehe.. yang penting lagi besh dari penyanyi asal dia nyanyi.. BEST!!



++++++++++

Kat bawah ni G ada masukkan 2 trailer movie yang dijangka akan meletup kat panggung tak lama lagi. Movie dari Malaysia dari negara kita sendiri.. Filem-filem aksi yang tak penah dibuat orang melayu sebelum ni. Layan la ye, jangan tak layan. pastu jangan lupa tinggal komen.. babai.. assalamualaikum..

++++++++++

THE MALAY CHRONICLES BLOODLINES : HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA



DIRECTOR : Yusry Abdul Halim
CAST :
Stephen Rahman Hughes
Dato' Rahim Razali
Khir Rahman
Jehan Miskin
LINK : http://www.malaychronicles.com/



HAQ



DIRECTOR : CL Hor & Jumaatun Azmi
CAST :
Zul Huzaimy
Adi Putra (body ketul2)
Nanu Baharudin
Raja Farah
LINK : http://www.haqthemovie.com/

IKLAN BEST!! KLIK KEJAP