Related Posts with Thumbnails

Friday, November 26, 2010

Aktiviti Best Cuti Sekolah : Barbeku


Salam satu Malaysia..

Da makan ke semua?? Da minum ke?? Da buang ke?? haha.. duduk.. duduk.. jangan bising-bising ea.. Genap 2 minggu da tak ada entry baru kt skoloh ni. Sori la ea.. bukan malas, tapi ada masalah skit. Kabel tipon kat area G ni kena curi lagi (gila babi punyer pencurik!! bodos!! bodos!! bodos!!)..

++++++++++

Sempena cuti skoloh ni, G nk bijok sikit pasal aktiviti yang kau-kau boleh buat untuk isi masa lapang dan tempat-tempat menarik yang kau-kau boleh kunjungi.. post kali ni G nak karang pasal barbeku atau BBQ. Barbeku ramai-ramai la ea. Ngan teman ke, ngan femeli ke, ngn pacar-pacar ke.. kalo barbeku sorang-sorang tak layan sangat.. cuti-cuti macam ni elok sangat la kalo kita buat aktivi berkelompok ea murid-murid..

Ini salah satu contoh barbeku tak ajak orang.
Boring.. boring.. boring.. tapi ok lagi la tu kan.. 4 orang. hehe..

Ini plak contoh aktiviti barbeku secara berkelompok (beramai-ramai la..)
Best sangat-sangat tao.. meriah..

Barbeque di bawah cahaya bulan.
Nak bakar ayam pn kena suluh ngan enset. chit!!

dan yang ni jangan di buat teladan. Barbeku bertelanjang
di bawah cahaya rembulan di tepi pantai.. pergh!! layan..

++++++++++

Kalo kita rujuk pada kamus internet wikipedia, "Barbeku atau BBQ ni merupakan kaedah dan juga alat untuk memasak daging dengan mempergunakan haba dan asap daripada kayu bakar atau arang bara ataupun daripada gril gas propana. Daging barbeku boleh disediakan dengan membubuh cairan perap, rempah sapu, atau sos simbahan..." ha!! paham?? haha.. Senang cerita macam ni la ea.. Barbeku ni merupakan aktiviti masak-masak kemudian makan-makan la. Masak ni plak bukannye goreng atau rebus, tapi bakar. Suke hati kau-kau la nak bakar pe, ayam ke, itik ke, ikan ke, udang ke, daging ke, janji jangan bakar orang ea.. dan percaya lah.. aktiviti barbeku ni paling best kalo diadakan pada waktu malam. Pasal lokasi pulak, seelok-eloknya korang buat la kat luar rumah. Kat pantai atau kat mana-mana pn tak kisah la ea.. takot terbakar je rumah tu kalo buat kat dalam. Sekian dari G, pasal tempat menarik tu, entry lain kali plak. Assalamualaikum..




Friday, November 12, 2010

Bila Wanita Memandu



Assalamualaikum.. Sebelum mengarang merapu panjang2, G nk mintak maaf dulu la ea. Takot ada yang terasa hati. hehe.. Anggap je la entry ni sekadar cerita rekaan semata-mata walaupun diperkukuhkan lagi dengan bukti gambar dan video yang memang nyata. Seperti mana yang dipaparkan di dalam video di atas, entry kali ni G nak sembang pasal "pemandu wanita".

++++++++++

Kalau tanya orang laki, macam2 la yang diperkatakan tentang pemandu wanita ni... Pemanduan secara lemah lembut yang teramat la, terlalu berhati-hati la, lembab, bawak keta slow dan macam2 lagi la. Macam semua benda tu dah terlalu sinonim dengan pemandu perempuan. (walaupun bukan semua lelaki berpendapat sedmikian..) Bagi G, laki pompuan sama je.. ada yang mengganas ketika memandu dan ada yang terlalu sopan.. G tak nak hurai benda ni panjang2 lagi.. Korang layan je video kat atas tu, pastu tilik2 gambar kat bawah ni ea.. layan~


ishk3x... mintak2 selamat la pemandu tu ea..

ha?? dari mana datang keta ni?? tuan dia xbasuh ke??

ni lagi la style.. terjun dari bangunan la gamaknya..

huh!! rugi la pam minyak kalo ramai yang uat camni..

ha!! kn da terbukti..

++++++++++

Dah puas tengok?? komen2 la ea..
Assalamualaikum..


Layan Sampai Terlayang

fyezrahman : "ada tag untuk awak!
sy nak tolong promosi blog cute nih!
ada masa,jawab ye :)"

Tengkiu buat fyezrahman kerana sudi tag G sekali ea.. Ni nga ada masa la ni (kalo pasal nak promosi blog, memang ada masa sokmo!! hehe..).. G try jawab ea.. layan~

Gambar studio lepak G dulu. hik hik.. (studio la konon).
Gambar di atas adalah hiasan semata-mata. Tak da kaitan pn ngn pos ni..


++++++++++

- Put your music library on shuffle. For each question, press the next button to get your answer. You must write that song title as the answer to the question, no matter how silly it sounds! Most of the time they seem to work though, strangely enough. Ok, go! When you're done, tag people in this note, and make sure to tag the person who sent you this. The answer to #20 is the Title of your note. -


1.If someone says, “Is this okay?” you say
Singkong dan Keju - Arie Wibowo
(aku suka singkong, kau suka keju.. uh uh..)

2. How would you describe yourself?
Naive - The Kooks
(G memang naive pn.. :( )

3. What do you like in a guy/girl?
Asereje - Las Ketchup
(joget la.. apa lagi kn. haha.. )

4. How do you feel today?
Dum Di Da Di Da - Aqua
(sakit pala la ni.. dum di da di da.. bedenyut~)

5. What is your life’s purpose?
Numb - Linkin Park
(ha??)

6. What's your motto?
Melangkah Terpaksa - Azie
(kalo tak paksa memang tak buat punya..)

7. What do your friends think of you?
Bonda - M.Nasir
(lah.. biar betol..)

8. What do you think of your parents?
You Are Not Alone - Michael Jackson
(betol.. betol.. betol.. G selalu ada..)

9. What do you think about very often?
Mad - Ne-Yo
(komfem tak betol.. aku dok pikir benda lain la..)

10. What is 2 + 2?
Low - Flo Rida feat T-Pain
(low?? 4 la. ingat G bodoh apa..)

11. What do you think of your best friend(s)?
Bila Wajahmu Ku Bayangkan - Sudirman
(erm.. memang selalu terbayang-bayang pn. tambah lagi member2 jauh..)

12. What do you think of the person you like?
Separuh Jiwaku Pergi - Anang
(separuh pergi pada kamoO, separuh lagi ada ngn aku. haha..)

13. What is your life story?
Suatu Kenangan - Kristal
(malas nak ingat benda2 lepas..)

14. What do you want to be when you grow up?
Andai Ku Tahu - Ungu
(tu la.. andai G tahu. Memang G taip dalam ni..)

15. What do you think of when you see the person you like?
Tragedi Oktober - Awie
(mende nih?? argh!! malas igt gak..)

16. What will you dance to at your wedding?
Tv & Me - Mando Diao
(ha!! ni baru besh!! and the end there’s a light )

17. What will they play at your funeral?
Karam Di Laut Cinta - Saleem
(dah karam pn.. tak payah nyanyi2 la. Sedekah yasin ngn al-fatihah je..)

18. What is your biggest fear?
Cinta Antara Benua - Arni Nazirah
(argh!! jgn la. Tak rela dok jauh lama2.. da byk sabar da ni..)

19. What is your biggest secret?
Ceritera - Zainal Abidin
(Jangan dok cerita..)

20. What will you post this as?
All I Ever Wanted - Basshunter
(tak semua la..)


dan mereka2 adalah mangsa tag G.. layan la korang gak ea..

Fyezrahman
aZad_niMo
*cik_KUPUKUPU_UNGU*
XOXO
DayangDeno
Macmerah
my dear diary
TheBloggerGurl

Wednesday, November 10, 2010

"PAUL" Si Sotong Dah Ada Pengganti

-G tak pasti ni gambar Paul ataupun Paul Jr.. yang G pasti ni memang gambar sotong!! -

Kalu korang tengok world cup baru-baru ni, mesti korang kenal "Paul" kan.. Ala.. Paul si udang tu.. yang bole tilik kalah menang permainan tu.. knal kan... Ops!! Sotong ke?? Bukan udang ek?? Lah.. Sotong Gurita.. Betol la tu. Aawww!!

Korang mesti dah tahu kan yang sotong tu telah DEAD beberapa bulan yang lepaskan. Beliau telah meninggal dunia a.k.a mampus keras pada 26 Oktober yang lepas. Si sotong Paul ni telah mengejutkan dunia diatas ketepatannya meramal pemenang perlawanan di kejohanan bola sepak piala dunia 2010 yang lalu.. harap maklum..

G sebenarnya bkn nk cerita pasal si sotong Paul. Paul ni tahyul + karut sebenarnya.. Tapi G nak cerita yang Paul kini dah ada pengganti, iaitu Paul Jr. (Paul the Second)... Ha!! korang dah tahu da kn.. dan korang mesti pikir yang Paul Jr. ni gak mesti aktif dalam soal ramal meramal ni kan. Ye la, kalo tak bukan nama pengganti la kan. No.. no.. no.. tanggapan anda salah sama sekali. Paul Jr. ni sebenarnya tiada kuasa meramal malah beliau sendiri tidak pernah menghafal pun nama bendera-bendera negara kt dunia ni. Apatah lagi belajar membaca dan mengira.. Pihak akuarium Oberhausen Sea Life (tempat dimana mendiang Paul tu di pamerkan dulu) mungkin memperkenalkan Paul Jr. ni hanya sebagai pengganti Paul asal untuk dipamerkan sahaja. Ye la kan.. akurium tu da femes da semenjak si sotong Paul tu telah menunjukkan keterean beliau bab-bab meramal ni. Kalau Paul da tak ada, camna akuarium tu nak dapat tarikan lagikan..

- Khidmat terakhir Paul ketika meramalkan keputusan suku akhir Piala Malaysia baru2 ni.. -


Akhir kata dari G, selamat tinggal Paul dan selamat popular buat Paul Jr.. Awas ye Paul Jr..!! Ramai orang yang tak puas hati dengan mendiang Paul yang dulu tu hingga ada yang membuat ugutan bunuh yang berbaur kejam seperti "Ah!! aku buat jeruk baru tahu sotong bodoh ni" dan "Wei!! sotong tak skoloh!! ko igt ko femes sgt ke?? macam la ko ada facebook!!".. So, ko fikir lah baik-baik sebelum engkau femeskan diri dengan kerja-kerja meramal yang takde pekdah ni.. Sekian dari G. Memang tak de pekdah pn korang baca. keh keh keh..!!




Monday, November 8, 2010

*Selipar Jepun Pink* Giveaways

Comey dop patung2 kat atas tu?? ha!! ni G nak perkenalkan "*Selipar Jepun Pink* giveaways".. Sebabnya?? sebabnya G nk masuk contest ni dan telah menjadi syarat untuk G meletakkan pic patung-patung comey ni serta menerangkan serba sedikit tentang GA ni kat blog G nih..



Pada sape2 yang berminat bleh la view blog Selipar Jepun Pink ni.. Klik je ea.. GA cik Selipar Jepun Pink ni terbahagi kepada 3 kategori iaitu :
  • Kategori 1 = Kategori untuk ibu2(untuk anak2 kcik mereka)
  • Kategori2 = Kategori student(skul,kolej or u)
  • Kategori3 = Bekerja...

Dan macam contest2 yang lain, GA cik Selipar Jepun Pink ni pun ada syarat-syarat penyertaannya jugak. Erm.. macam di bawah ni la ea..
  1. Jadi follower Selipar Jepun Pink...
  2. Leave ur name n blog link kat komen post GA tu dan bagi komen best2 skit kat situ. 3.
  3. Letakkan gambar kiszydolls kat atas ni di blog anda dan terangkan tentang GA ni kat blog anda... (macam G buat ni la..)
  4. Akhir sekali jangan lupe bagitau yang anda sertai kategori yang mane satu di komen yang anda tinggalkan...

Tarikh tutop penyertaan adalah 10 disember 2010.. Lambat lagi ni, sape-sape yang nak join tu cepat2 la ea.. kalo tak nak join pun takpe... bagi je adiah tu kat G. Mek G dk mengamuk da kat umah ni mintak patung2 comey kat atas tu.. sekian dari G, setakat tu je la ea cik Selipar Jepun Pink.. assalamualaikum..


p/s : bkn G yang nk patung2 tu, G lelaki macho dan gagah perkasa. mana men ngan patung2 cm2. mek G yang mintak. harap maklom la ea. hehe.. (walaupun hati meronta-ronta menginginkan patung2 comey berikut)

Sunday, November 7, 2010

Nombor Talifon Bimbit Dengan 11 Angka ??


Ehem.. ehem..

010-12345678, Uish!! banyak tu, loya gak nak hafal nombor talifon kalo dah jadi 11 angka macam tu. Huh!! Korang semua mesti dah tahu kan, yang mulai 15 Disember 2010 ni, semua nombor talifon bimbit di Malaysia akan menjadi 11 angka. Format baru ni akan menggunakan struktur 3+8 berbanding sebelum ni 3+7 dan semua penyedian perkhidmatan juga akan menggunakan awalan "011". So, tiga nombor awalan ni tidak lagi dikhaskan untuk satu-satu talian semata-mata. Kalau korang tengok berita mesti korang dah tahu punya..

Format baru nombor talifon bimbit ni telah di perkenalkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Ikhlas la G cakap ni, dalam kepala G skang ni cuma ingat 6 nombor talifon bimbit campur 1 nombor talifon rumah. So, kalau dah jadi 11 angka camni, susah gak la bagi orang-orang cam G ni nk menghafal. huhu..

Tapi semua-semua jangan risau ea.. nombor2 yang sedia ada sekarang ni (yang membabitkan lebih kurang 31 juta nombor) tidak perlu berpindah kepada format 11 angka tu (kekal macam biasa je la). Kaya-kaya rupanya orang Malaysia ni ea. Boley dikatakan setiap orang dah ada talifon bimbit. Biasa la kan, negara maju.. Erm.. Tu je la ea. Tolong tinggalkan komen sekali... Pada sape2 nk beli nombor "011" tu, kna tunggu 15 Disember ni la. Pasal nombor 11 angka tu plak, G mintak korang semua tenang... G da ada jalan penyelesaiannya. Korang masuk je no talifon 11 angka tu dalam henset korang, pastu "SAVE". Kan senang..

Assalamualaikum..

Thursday, November 4, 2010

Keputusan Pilihanraya Kecil Dun Galas dan Batu Sapi

Barisan Nasional Menang Di Kedua-dua Kawasan

Barisan Nasional (BN) telah berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Batu Sapi dengan majoriti yang lebih besar dari pilihanraya umum sebelum ini dan berjaya merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas daripada PAS melalui pilahanraya kecil yang telah diadakan serentak siang tadi (Khamis, 4 November 2010).. Berikut adalah keputusan undian pilihanraya bagi kedua-dua kawasan.

Keputusan Pilihanraya Kecil DUN Galas, Kelantan (N45)


Abdul Aziz Yusoff, 47
Barisan Nasional (BN)

5,324 undian
1,190 majoriti





Dr. Zulkefli Mohamad, 44
PAS

4,143 undian






Keputusan Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi, Sabah (P185)


Datin Linda Tsen Thau Lin, 54
Barisan Nasional (BN)

9,773 undian
6,359 majoriti





Ansaari Abdullah, 56
Parti Keadilan Rakyat (PKR)

3,414 undian






Datuk Yong Teck Lee, 52
SAPP

2,031 undian

IKLAN BEST!! KLIK KEJAP