Related Posts with Thumbnails

Sunday, October 31, 2010

SKOLOH Telah Di Tag

Sejuknya.. Sehari suntuk hujan turun. Tak berhenti-henti dari semalam lagi. Sebab tu la tibe2 je rasa nk makan megi. Hujan2 camni, perot mintak diisi la. hehe... Blogwalking sambil makan megi. Paling best~

Nga ralik2 dok blogwalking td, G baru perasan. Rupa2nya ada member2 blog telah tag SKOLOH dalam blog dorang. Terima kasih la ea.. G hargai sangat2 tag2 korang tu. Lainn kali tag byk2 lagi la ea.. Tengkiu kat Eiyda, dan tengkiu gak kat Dieabella.. SKOLOH ni tak da la comel sangat.. Ada masa nanti, rajin2 la singgah SKOLOH ea.. Ni G tak balik blog2 korang. Assalamualaikum...


Tag nama SKOLOH kat blog ~eiYda~



Tag nama SKOLOH kat blog +diebella+



+++ sakit perot la plak makan megi malam2 camni.. serbu jamban dulu, pastu tido..

Saturday, October 30, 2010

Sejarah Tercipta.. KELANTAN JUARA!!

Tahniah Kelantan kerana telah menjadi juara. Gelaran Juara Piala Malaysia yang memang dah lama kita semua idamkan, kini dah menjadi nyata. Bukan lagi angan2 atau mimpi yang tak kan menjelma... The Red Warrior memang JUARA!! hehe..


30 minit pertama, pemain2 Kelantan memang nampak sgt gugup. G dok tanya2 mana strategi dan corak permainan yang ditunjukkan ketika menumbangkan si kenari dan gergasi merah kuning sebelum ni. Gol pertama Negeri Sembilan bukan salah Apek (Khairul Fahmi Che Mat) sorang je. Tapi nampak sangat kealpaan di barisan pertahanan negeri Kelantan itu sendiri. Sama la di bahagian tengah dan penyerang. Banyak peluang yang dilepaskan. G agak terpaku melihat pemain2 Negeri Sembilan yang nampak bersunguh2 mahukan bola pada 30 minit pertama tu. Negeri Sembilan mudah sangat dapat merampas bola dari pemain Kelantan. Tapi minit2 selepas tu, kegugupan Kelantan mula hilang. Banyak serangan yang ditujukan kearah pertahanan dan gawang Negeri Sembilan...

Masuk separuh masa kedua, Kelantan mula menunjukkan bisa. Kijang pn dah nampak macam ular sawa. Tahniah!! Gol pertama The Red Warrior muncul tak lama selepas tu. Hasil tandukan kepala botak berbisa Hairuddin Omar yang mana tahun lepas pernah mengecewakan Kelantan dengan bisa dikepalanya juga. Selepas gol penyamaan Kelantan, kegugupan mula beralih kepada pemain Negeri Sembilan. Ditambah lagi dengan sorakan dari lautan merah yang semakin berombak-ombak dan mengalunkan nada "GOMO KELATE GOMO!!" hehe.. memang tak dapat dinafikan juga, kebangkitan Kelantan bermula selepas berlakunya kecederaan pemain pertahanan yang paling kental Negeri Sembilan (merangkap kapten pasukan), Aidil Zafuan.. Tahniah pada Norshahrul Idlan kerana berani memberi asakan kepada satu-satunya kubu kuat Negeri Sembilan itu..

Gol kemenangan Kelantan hadir daripada jaringan cantik anak jati Kelantan sendiri, iaitu saudara Piya (Badri Radzi). Tahniah Piya, "kaki mu meme lawa". Tahniah juga kerana dipilih menjadi pemain terbaik perlawanan akhir Piala Malaysia tadi.. Sejujurnya.. anda memang layak. Jaringan yang dilakukan oleh Piya mungkin akan sentiasa berada di dalam ingatan penyokong dan peminat-peminat bola sepak Kelantan.


Tahniah ni sebenarnya banyak lagi yang nk G tujukan, kepada pemain2, kepada pihak pengurusan, kepada jurulatih Kelantan, B. Sathianathan, kepada Dato' Anuar Musa, pada Tok Guru dan tahniah.. tahniah.. tahniah.. kepada penyokong Kelantan yang paling best di alam semester.. Sek-sek mu la pemenang yang sebenarnya. "Gomo Kelate Gomo".. Bola sepak Kelantan akan sentiasa meriah dengan sokongan daripada penyokong2 kita yang ikhlas dan bersemangat ini.. bereh.. assalamualaikum~

Friday, October 29, 2010

FINAL PIALA MALAYSIA 2010 : Kelantan lawan Negeri Sembilan

"GOMO KELATE GOMO"
"HOBIN JANG HOBIN"

Hari ni adalah hari penentuan, hari ni adalah hari pembalasan, hari ni adalah hari bagi juara.. Tinggal beberapa jam je lagi. Juara dan pemilik Piala Malaysia bagi tahun 2010 akan diketahui. Ini piala yang diidamkan. Penentuan diantara Kelantan dan Negeri sembilan, perhitungan antara si rusa dan kijang, pertembungan antara pahlawan merah (kelantan) dan kuning (negeri sembilan). Kedua-dua pasukan telah bersedia, untuk memberikan aksi dan persembahan yang terbaik malam ni. Anda telah diamanahkan oleh penyokong-penyokong pasukan. Pada penyokong2 diharapkan jaga tingkah laku masing2. Ingat!! yang kita sekarang dalam proses memartabatkan bola sepak dinegara kita. Bukan saja pemain, penyokong juga mestilah berwawasan. Jangan lah perkara2 yang tak elok yang lepas2 tu berulang. Tunjukkan kepada dunia, yang negara kita negara ni pencinta bola sepak yang sebenar.

++++++++++

Perhitungan antara B. Sathianathan dan Wan Jamak Wan Hassan

Pada FAM jangan jadi penghalang. Pada pengadil perlawanan, adillah dalam membuat keputusan. Pada pemain, inilah perang, tunjukan siapa lebih jantan dan pada penyokong, mintak tolong sangat-sangat.. jangan jadi setan, jangan lupa sembahyang, walaupun dok terkurung dalam stadium dari petang..

++++++++++


Kat bawah ni G ada senaraikan kesebelasan utama yang mungkin akan diturunkan malam ni. Segala perubahan tertakluk kepada pengurusan pasukan.. hehe..

BARISAN KESEBELASAN KEMUNGKINAN KELANTAN

Penjaga Gol :
Khairul Fahmi Che Mat

Pertahanan :
Daudsu Jamaluddin
Mohd Farisham Ismail
Rizal Fahmi Abdul Rosid
Zairul Fitrie Ishak

Tengah :
Mohd Shakir Shaari
Mohd Badri Radzi
Mohd Norfarhan Mohamad
Indra Putra Mahyuddin

Penyerang :
Norshahrul Idlan Talaha
Hairuddin Omar


BARISAN KESEBELASAN KEMUNGKINAN NEGERI SEMBILAN

Penjaga Gol :
Sani Anuar Kamsani

Pertahanan :
Tengku Qayyum Ubaidillah
Aidil Zafuan
Shukor Adan
Ching Hong Aik

Tengah :
Mohd Alif Shamsudin
Qhairul Anuar Roslani
Abdul Halim Zainal
S Kunalan

Penyerang :
Idris Karim
Shahurain Abu Samah


Pada mana-mana penyokong yang tak dapat bertandang ke Stadium Bukit Jalil (mcm G ni la), Jangan lupa saksikan siaran langsung perlawana di TV1 atau Astro ARENA (Channel 801). Erm.. satu lagi... jangan lupa bagi sorakan.. "GOMO KELATE GOMO", "HOBIN JANG HOBIN" (G adalah penyokong setia The Red Warrior, Kelantan bole menang 2-o.. sekali lagi "Gomo Kelate Gomo!!")

Thursday, October 21, 2010

Erk!! Movie Baru

Salam 21.10.2010, genap 52 hari takde entry baru dalam blog ni. kui... kui.. cerita raya dah lepas, cerita kes bunuh sosilawati dah lepas, cerita kemalangan bas dah lepas, sukan komanwel dah lepas, bajet 2011 pun dah lepas.. sumpah!! memang dah takde modal apa G nk karang dalam ni sebenarnya (campur bz dengan urusan duniawi..). Sekarang ni tak tau nak sibuk pasal apa dah. Sibuk tengok bola je la.. da masuk separuh akhir Piala Malaysia ni. Tahniah pada pasukan-pasukan yang layak, Negeri Sembilan, Johor FC, Kedah dan semestinya Kelantan. hehe.. Nanti separuh akhir ke-2 kat Kota Bharu ni nak pegi tgk la.. erm.. sebelum apa-apa, layan lagu soundtrack filem Dua Alam ni dulu ye.. Mendayu-dayu dan penuh emosi pakcik Ramli Sarip kita ni nyanyi lagu orang. hehe.. yang penting lagi besh dari penyanyi asal dia nyanyi.. BEST!!



++++++++++

Kat bawah ni G ada masukkan 2 trailer movie yang dijangka akan meletup kat panggung tak lama lagi. Movie dari Malaysia dari negara kita sendiri.. Filem-filem aksi yang tak penah dibuat orang melayu sebelum ni. Layan la ye, jangan tak layan. pastu jangan lupa tinggal komen.. babai.. assalamualaikum..

++++++++++

THE MALAY CHRONICLES BLOODLINES : HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA



DIRECTOR : Yusry Abdul Halim
CAST :
Stephen Rahman Hughes
Dato' Rahim Razali
Khir Rahman
Jehan Miskin
LINK : http://www.malaychronicles.com/



HAQ



DIRECTOR : CL Hor & Jumaatun Azmi
CAST :
Zul Huzaimy
Adi Putra (body ketul2)
Nanu Baharudin
Raja Farah
LINK : http://www.haqthemovie.com/

Tuesday, August 31, 2010

Baju Raya Tak Beli Lagi.. huh!!

Harap maklum : ini bukan cerita versi kerang rebus atau candy kulum lagi.. ini cerita pasal RAYA!!


Lebih kurang 10 hari lagi, Lagu raya pn dah rancak berperang kt corong2 radio.. Tahun ni G akan menyambut hari raya Aidilfitri yang ke-26 dalam hidup G. Hari raya yang dari tahun ke setahun makin tak best G rasa.. Kecik-kecik dulu suke sgt la. bley dapat duit raya, bley jalan-jalan keliling kampung ngn Apih & We, boley kumpul kad raya. Skang ni sape la nk bagi duit raya, nk jalan2 pn da xda mood dah. Dok lepak kt rumah tengok tv je.. bangun pagi2, mandi, g semayang raya, pegi raya rumah mok, pegi rumah bunga pastu balik tgk tv je la.. bangun pagi esok tengok tv lagi, lagi dan lagi.. hehe.. Kad raya pn da bertukar jadi sms.. sumbak parop~

++++++++++

Kalau ingat balik, raya time kecik-kecik dulu besh sgt2.. Baju raya pn papa yg belikan. Yang tak beshnye 1 je, tiap2 tahun mesti papa beli baju raya sama untuk G ngn adik laki G nie.. sama dan sebijik. kalo xsama pn kaler je.. Tapi kalo tgk balik album raya lama-lama, nmpak comey la plak pakai baju sama cmtu. hehe..

Raya tahun 90an, time skoloh rendah.. kan same baju raya G dua beradik tu..

++++++++++

Raya tahun ni, baju melayu 3 beradik kaler sama lagi, corak sama dan dari kain yg sama (Nak try buat macam zaman kecik-kecik dulu).. Tak beli pn, pakai baju melayu yg uat kenduri kawin Kak Dah 4 bulan lepas je. Membazir la rasenye kalo beli lagi kn.. baju tu pn elok lagi. Baru pakai sekali je.. Sori la bunga, baju melayu kaler kelabu yg u suruh beli tu G beli tahun depan la ea..

++++++++++

Murid-murid yang belum ada baju raya lagi, jangan risau dan pening-pening kepala tak tau nak beli baju raya kat mana ea.. Ni G nk rekemen kn blogshop yang menjual baju seluar. dengan kata lain pakaian utk dipakai kepada semua. Kalau murid-murid nk cari baju baru nk uat raya sambil tersengeh-sengeh dan melompat kegirangan, murid-murid bley singgah bloghop ni... "Communiti Couture Clothing : Unlimited Brand Shop". Banyak baju-baju brand yang ditawarkan kat blog ni. Nak harga murah try-try la negotiate ngn tokey blog tu piaw.. piaw.. ea.. Bagi murid-murid yg layan baju bundle dan nk dressup bundle raya ni, bley visit blog "maChairbundle" ni. Dengar cerita tengah buat promosi sekarang ni. jenguk-jenguk la yang mana berkenan ea...


++++++++++

Tapi.. bagi yg tak de baju raya tu jangan la bersedey hati. Raya bukan sekali ni je dan raya tetap ada gak kalo murid-murid ngak da baju raya pn. Baju raya tak semestinya melambangkan hari raya. Janji pagi-pagi raya nanti murid-murid pegi sembahyang raya. baru la terasa nikmat raya yg sebenarnya dengan alunan takbir raya dan kemeriahan masjid time tu...

Selamat menyambut hari raya yang tinggal 10 hari lagi ye.. assalamualaikum~

Monday, August 30, 2010

Transformasi Sempena MERDEKA


Semalam ada member blogger tanya G "apa azam merdeka cik G tahun ni??" hehe.. merdeka pn kena ada azam gak ke?? Tak tahu la plak G. Azam G masih same lagi la.. Nak cari HAPPY dan HEBAT!! (kebahagian dalam kegembiraan dan kehebatan dalam kehidupan).

++++++++++

Sempena sambutan merdeka tahun ni.. "1 Malaysia Menjana Transformasi" G pn nak jugak la buat transformasi lam blog Skoloh ni. (tanpa G tak lengkap la satu Malaysia.. G pn warganegara gak. hehe..). Ni transformasi pertama yg G buat sempena hari merdeka tahun ni. Tukar gambar pasport pengetua Skoloh kat belah atas tu. Kasi taruk gambar yg tak nampak tolol sangat. Tambah plak dengan spek yang lebey bergaya. Biar kemas skit.. hehe..

++++++++++

Selamat hari merdeka pada semua ea. Ada sambutan hari merdeka kat tv ni. layan je la.. (Merdeka kena puasa gak tao, jangan tinggal puasa plak..) babai~

Selamat Hari MERDEKA !!


"Tanggal 31... bulan lapan.. lima puluh tujuh.. hari yang mulia, hari bahagia.. kita sambut.. ?? yang merdeka..." (hehe.. G tak ingat lirik)

++++++++++

Hari MERDEKA datang lagi, pedulikan rakyat negara jiran yang kutuk kita macam-macam, yang pijak bakar jalur gemilang, sebab kite tahu kita lagi aman tenteram dari mereka disana.. Merdeka ke-53 ni kite sambut dgn riang dengan cahaya bulan ramadhan.. moga-moga negara kite terus aman sentosa, berdaulat, cemerlang gemilang dan sentiasa menjunjung tinggi agama dan kepercayaan yang di pegang sampai ke akhir hayat..

++++++++++

"Duhai ibu pertiwi.. putra putri datang sujud bakti.. untuk menunaikan.. untuk menunaikan.. sumpah dan janji..". Ni la lagu patriotik @ lagu merdeka yang paling G suke.. Syahdu dan nyaman lagu nya.. hehe.. murid-murid suke lagu mana ea?? Lagu NIKO ke??

++++++++++

Malam ni nk kua lagi.. bukan nak kua makan kerang rebus, bukan juga nk pegi beli candy kulum AVATAR yang ntahapapantah tu dan bukan juga kua tgk bunga api malam merdeka, tapi nk pegi shopping baju raya (orang tak shopping baju merdeka ea).. pada yang xda baju raya tu, jom la shopping same-same. Tapi pakai pitis sdiri2 la ea..

++++++++++

Kat bawah ni G ada letak chord lagu "Bahtera Merdeka".. Pada sape2 yang boley men gitar tu.. layan je la ea.. patriotik skit..

++++++++++


Aishah - Bahtera Merdeka


Em B Em
Bunda senyum riang

Am B Em
Menerima bahtera merdeka

B C
Putra-putri sayang (2x)

Am B
Sedang berjuang


Am B Em
Fajar telah tiba

Am Em
Nan menyising membawa harapan

B C
Tanah semenanjung (2x)

B Em
Permata nilam


chorus :

E Am
Jiwa dan Raga

D G B Em
Buktikanlah pada nusa bangsa

B C
Supaya negara maju jaya

Am B
Aman merdeka


Em
Duhai ibu pertiwi

Am B7 Em
Putra-putri datang sujud bakti

B C
Ingin menunaikan (2x)

B Em
Sumpah dan janji


Ulang chorus


Raya lagi 11 hari je.. Nanti kite layan lagu raya plak ea.. Assalamualaikum..

IKLAN BEST!! KLIK KEJAP