Related Posts with Thumbnails

Saturday, October 30, 2010

Sejarah Tercipta.. KELANTAN JUARA!!

Tahniah Kelantan kerana telah menjadi juara. Gelaran Juara Piala Malaysia yang memang dah lama kita semua idamkan, kini dah menjadi nyata. Bukan lagi angan2 atau mimpi yang tak kan menjelma... The Red Warrior memang JUARA!! hehe..


30 minit pertama, pemain2 Kelantan memang nampak sgt gugup. G dok tanya2 mana strategi dan corak permainan yang ditunjukkan ketika menumbangkan si kenari dan gergasi merah kuning sebelum ni. Gol pertama Negeri Sembilan bukan salah Apek (Khairul Fahmi Che Mat) sorang je. Tapi nampak sangat kealpaan di barisan pertahanan negeri Kelantan itu sendiri. Sama la di bahagian tengah dan penyerang. Banyak peluang yang dilepaskan. G agak terpaku melihat pemain2 Negeri Sembilan yang nampak bersunguh2 mahukan bola pada 30 minit pertama tu. Negeri Sembilan mudah sangat dapat merampas bola dari pemain Kelantan. Tapi minit2 selepas tu, kegugupan Kelantan mula hilang. Banyak serangan yang ditujukan kearah pertahanan dan gawang Negeri Sembilan...

Masuk separuh masa kedua, Kelantan mula menunjukkan bisa. Kijang pn dah nampak macam ular sawa. Tahniah!! Gol pertama The Red Warrior muncul tak lama selepas tu. Hasil tandukan kepala botak berbisa Hairuddin Omar yang mana tahun lepas pernah mengecewakan Kelantan dengan bisa dikepalanya juga. Selepas gol penyamaan Kelantan, kegugupan mula beralih kepada pemain Negeri Sembilan. Ditambah lagi dengan sorakan dari lautan merah yang semakin berombak-ombak dan mengalunkan nada "GOMO KELATE GOMO!!" hehe.. memang tak dapat dinafikan juga, kebangkitan Kelantan bermula selepas berlakunya kecederaan pemain pertahanan yang paling kental Negeri Sembilan (merangkap kapten pasukan), Aidil Zafuan.. Tahniah pada Norshahrul Idlan kerana berani memberi asakan kepada satu-satunya kubu kuat Negeri Sembilan itu..

Gol kemenangan Kelantan hadir daripada jaringan cantik anak jati Kelantan sendiri, iaitu saudara Piya (Badri Radzi). Tahniah Piya, "kaki mu meme lawa". Tahniah juga kerana dipilih menjadi pemain terbaik perlawanan akhir Piala Malaysia tadi.. Sejujurnya.. anda memang layak. Jaringan yang dilakukan oleh Piya mungkin akan sentiasa berada di dalam ingatan penyokong dan peminat-peminat bola sepak Kelantan.


Tahniah ni sebenarnya banyak lagi yang nk G tujukan, kepada pemain2, kepada pihak pengurusan, kepada jurulatih Kelantan, B. Sathianathan, kepada Dato' Anuar Musa, pada Tok Guru dan tahniah.. tahniah.. tahniah.. kepada penyokong Kelantan yang paling best di alam semester.. Sek-sek mu la pemenang yang sebenarnya. "Gomo Kelate Gomo".. Bola sepak Kelantan akan sentiasa meriah dengan sokongan daripada penyokong2 kita yang ikhlas dan bersemangat ini.. bereh.. assalamualaikum~

14 comments:

  1. abe ya nopak ting2 td hehe..
    suko tgk jage gol..
    lps ishtihar klate meney..
    die bace doa trus sujud syukur

    gomo klate gomo :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...dorang kat umh td pon chatting gtaw satu rumah duk sorak gumbira...tumpang skaki gumbira:D tahniah sep2 kito:p

    ReplyDelete
  3. sek2 kito bako ore jurus.. ore ikhlas dale uat gapo pn.. xari ni, smula2 pn kito akn mene jgk..

    ReplyDelete
  4. klate hebat sokmo ^___________________^

    ReplyDelete
  5. Gomo Klate Gomo!
    Ganah set kito!!
    Tahnioh Red Worrior!!
    Trimo Kaseh B.Sathianathan,Kafa, Tan Sri Annuar Musa & sumo hok manggat! 1 Deghro!

    ReplyDelete
  6. errgg !
    N9 , i still love u ! :")

    ReplyDelete
  7. Kelate, n9, kedah, selangor.. team2 gergasi bola sepak malaysia.. team2 lain cepat2 follow. ayuh sama2 memartabatkan bola sepak tanah air.. huh!!

    ReplyDelete
  8. Game yang menarik.. boleh dibanggakan kerana corak permainannya tak membosankan.. membuatkan kita tertunggu2.. nak pi bancuh air pon rasa rugi nak tinggalkan kaca tv.. takut terlepas babak2 yang cantik dan menarik.. Nice Game...

    ReplyDelete
  9. ouh silau bjik mta tgok pale kilat tuh..heeee :)

    ReplyDelete
  10. bkn stakat nk bncuh kopi, nk berak pn tahan dulu tao.. hehe.. silau2..

    ReplyDelete

IKLAN BEST!! KLIK KEJAP