Related Posts with Thumbnails

Tuesday, November 30, 2010

1st Lucky Draw by HEZE SUZE

Assalamualaikum.. Ehem.. Ehem..

Hee.. G kena tag lagi. Kali ni G di tag oleh Puan Syafika dari blog MeaNing Of LoVe plak. Tengkiu tengkiu ea.. Jasamu mengeTAGku akan di kenang.

++++++++++

Dah orang tag kita, kena join gak la kan. Hadiah contest ni pun ok gak. hehe.. Lucky draw ni telah dianjurkan oleh kak Heze Zamri. Banner kat bawah tu gambar beliau la kot. hehe.. Ni first lucky draw dia. Mintak-mintak hadiah nanti boleh kat G lah.. Boleh uat belanja mkn kat kantin skoloh seminggu.


Ops.. Lupa nak bagi tao.. Hadiah lucky draw ni berupa wang tunai RM50. Pada sapa-sapa yang berminat boleh la klik disini ea.. Berikut adalah syarat-syarat penyertaannya..
  1. MESTI jadi follower blog http://hezesuze.blogspot.com & sila nyatakan ID follower uols ok.. senang akak tu nak catch up.
  2. Opkos kene wat 1 enty sal lucky draw nie...simple je pun Ok...
  3. Letakkan BANNER di sidebar uols dan link back ke entry ni ye.
  4. TAG 3 rakan uols..lebih pun takpe tapi jangan kurang haha.
  5. Akhir sekali jangan lupa tinggalkan komen di entry ni & juga email uols ok.

Pada sape-sape yang nak RM50. Dijemput join lucky draw Heze Suze ni ea..
(Duit diatas adalah contoh semata-mata. Tak laku untuk segala urusan jual beli didunia ini)


++++++++++

Dan mereka-mereka adalah mangsa-mangsa yang telah di tag :

Lokasi Best Cuti Sekolah : Cameron Highland


Ehem2.. Selamat cuti skoloh buat semua yang ku cintai.. (Chewah..) Entry sebelum ni G ada bijok2 pasal aktiviti best cuti sekolah. Alaa.. pasal barbeku tu.. haha.. Kali ni plak, G nak bijok dan cerita pasal lokasi best cuti skoloh dan lokasi yang pertama terpilih adalah Cameron Highlands (Tak de alasan kukuh kenapa G pilih lokasi ni ea) hehe..

++++++++++

Cameron Highland ni merupakan salah satu keajaiban di Malaysia dan merupakan syurga dataran tinggi yang menyajikan keindahan pemandangan perkampungan inggeris serta ladang-ladang teh. Terletak di negeri Pahang di kawasan banjaran Titiwangsa di sekitar 1500 meter di atas permukaan laut. Suhu di sini boleh turun hingga 16°C atau lebih rendah lagi pada masa-masa yang tertentu. Sejuk... tambah-tambah lagi kalo pegi time musim bah camni. Kalo bawak bini lagi lagi la best kan. huhu..

++++++++++

Pasal tempat tinggal saudara saudari jangan risau.. kat sini ada tempat penginapan yang disediakan. Pasal makanan plak, restoran-restoran banyak tersusun disekitar kawasan ni. Kalo tak jumpa restoran korang telan je la strawberi ngan daun teh. Pergh!! sebut pasal strawberi ni, teringin plak nak makan. Best!! tambah-tambah lagi kalo makan cicah coklat.. ("saya suke makan straberi cicah coklat, Dato' slalu belikan saya strawberi cicah coklat. saya suke..." kata beliau) Erm.. Untuk lain-lain maklumat, korang search je la kat google atau klik je kat sini.. G malas nak merapu panjang2. Aktiviti-aktiviti dan lokasi-lokasi best yang lain, tunggu next entry la ea.. Sekian terima kasih..
tengkiu.. tengkiu.. tengkiu..

++++++++++

Makan steamboat kat sana besh gak.. layan je la ea..


Ni antara hotel yang korang boleh uat tempat berlabuh.
Tak de la murah sangat, mahal je. hehe..




Monday, November 29, 2010

Kids & Baby Photo Contest

Contest kedua blog The Beginning Of Everything by Pn. Safiyyah Osman
Jom kita suma pakat join..


Pada sape-sape yang berminat boleh klik gambar di atas dan syarat-syarat penyertaannya adalah seperti dibawah. Atas, bawah.. atas, bawah..

  1. Anda mesti menjadi follower blog kedua Pn. Safiyyah. http://sweetlikekisses.blogspot.com. Selepas ini pemenang akan di umum di blog baru:)..
  2. Anda mesti tag kepada 8 orang maksimum. Tidak boleh kurang dan bila anda telah tag, anda mesti inform pada kawan anda yang mereka telah ditag.:)
  3. Letakkan banner contest di sidebar anda.
  4. Anda mesti sertakan satu gambar. Tidak kisah gambar anda zaman baby, zaman anda budak budak, gambar adik anda, gambar anak anda atau gambar anak saudara anda..
  5. Hantar link entry anda didalam kotak komen entry contest ini.
  6. Mesti mulakan title entry dengan nama contest.
  7. Wajib diberitahu didalam entry tentang contest ini dan hadiah yang bakal diberi kepada pemenang.

G nk join ni. Korang tak nak tak pe. Hadiah bagi kat G je.. hehe..
Kat bawah ni G telah sertakan satu gambar zaman budak-budak dulu..
Gambar lebih kurang 20 tahun lepas. Comey...

Dari kiri : Where, Apih dan G.. (gambar budak2 darjah 1).
Posing kat umah mak sedara. Rumah ni skang da bertukar jadi rumah batu da.. :P


Yang mana nak join contest ni cepat2 la ea. tarikh tutup ari ni. 30 November 2010 dan hadiah yang bakal G menenangi adalah earring dari lazo diamond jewellery. (cewah.. yang bakal G menangi tu..)

Dan mereka-mereka adalah insan-insan yang telah G tag. Korang layan la ea..

feez-hafizah-cucutokaji
Fatihah Mustapa
Fyezrahman
aZad_niMo
*cik_KUPUKUPU_UNGU*
XOXO
my dear diary
DayangDeno


Friday, November 26, 2010

Aktiviti Best Cuti Sekolah : Barbeku


Salam satu Malaysia..

Da makan ke semua?? Da minum ke?? Da buang ke?? haha.. duduk.. duduk.. jangan bising-bising ea.. Genap 2 minggu da tak ada entry baru kt skoloh ni. Sori la ea.. bukan malas, tapi ada masalah skit. Kabel tipon kat area G ni kena curi lagi (gila babi punyer pencurik!! bodos!! bodos!! bodos!!)..

++++++++++

Sempena cuti skoloh ni, G nk bijok sikit pasal aktiviti yang kau-kau boleh buat untuk isi masa lapang dan tempat-tempat menarik yang kau-kau boleh kunjungi.. post kali ni G nak karang pasal barbeku atau BBQ. Barbeku ramai-ramai la ea. Ngan teman ke, ngan femeli ke, ngn pacar-pacar ke.. kalo barbeku sorang-sorang tak layan sangat.. cuti-cuti macam ni elok sangat la kalo kita buat aktivi berkelompok ea murid-murid..

Ini salah satu contoh barbeku tak ajak orang.
Boring.. boring.. boring.. tapi ok lagi la tu kan.. 4 orang. hehe..

Ini plak contoh aktiviti barbeku secara berkelompok (beramai-ramai la..)
Best sangat-sangat tao.. meriah..

Barbeque di bawah cahaya bulan.
Nak bakar ayam pn kena suluh ngan enset. chit!!

dan yang ni jangan di buat teladan. Barbeku bertelanjang
di bawah cahaya rembulan di tepi pantai.. pergh!! layan..

++++++++++

Kalo kita rujuk pada kamus internet wikipedia, "Barbeku atau BBQ ni merupakan kaedah dan juga alat untuk memasak daging dengan mempergunakan haba dan asap daripada kayu bakar atau arang bara ataupun daripada gril gas propana. Daging barbeku boleh disediakan dengan membubuh cairan perap, rempah sapu, atau sos simbahan..." ha!! paham?? haha.. Senang cerita macam ni la ea.. Barbeku ni merupakan aktiviti masak-masak kemudian makan-makan la. Masak ni plak bukannye goreng atau rebus, tapi bakar. Suke hati kau-kau la nak bakar pe, ayam ke, itik ke, ikan ke, udang ke, daging ke, janji jangan bakar orang ea.. dan percaya lah.. aktiviti barbeku ni paling best kalo diadakan pada waktu malam. Pasal lokasi pulak, seelok-eloknya korang buat la kat luar rumah. Kat pantai atau kat mana-mana pn tak kisah la ea.. takot terbakar je rumah tu kalo buat kat dalam. Sekian dari G, pasal tempat menarik tu, entry lain kali plak. Assalamualaikum..




Friday, November 12, 2010

Bila Wanita Memandu



Assalamualaikum.. Sebelum mengarang merapu panjang2, G nk mintak maaf dulu la ea. Takot ada yang terasa hati. hehe.. Anggap je la entry ni sekadar cerita rekaan semata-mata walaupun diperkukuhkan lagi dengan bukti gambar dan video yang memang nyata. Seperti mana yang dipaparkan di dalam video di atas, entry kali ni G nak sembang pasal "pemandu wanita".

++++++++++

Kalau tanya orang laki, macam2 la yang diperkatakan tentang pemandu wanita ni... Pemanduan secara lemah lembut yang teramat la, terlalu berhati-hati la, lembab, bawak keta slow dan macam2 lagi la. Macam semua benda tu dah terlalu sinonim dengan pemandu perempuan. (walaupun bukan semua lelaki berpendapat sedmikian..) Bagi G, laki pompuan sama je.. ada yang mengganas ketika memandu dan ada yang terlalu sopan.. G tak nak hurai benda ni panjang2 lagi.. Korang layan je video kat atas tu, pastu tilik2 gambar kat bawah ni ea.. layan~


ishk3x... mintak2 selamat la pemandu tu ea..

ha?? dari mana datang keta ni?? tuan dia xbasuh ke??

ni lagi la style.. terjun dari bangunan la gamaknya..

huh!! rugi la pam minyak kalo ramai yang uat camni..

ha!! kn da terbukti..

++++++++++

Dah puas tengok?? komen2 la ea..
Assalamualaikum..


Layan Sampai Terlayang

fyezrahman : "ada tag untuk awak!
sy nak tolong promosi blog cute nih!
ada masa,jawab ye :)"

Tengkiu buat fyezrahman kerana sudi tag G sekali ea.. Ni nga ada masa la ni (kalo pasal nak promosi blog, memang ada masa sokmo!! hehe..).. G try jawab ea.. layan~

Gambar studio lepak G dulu. hik hik.. (studio la konon).
Gambar di atas adalah hiasan semata-mata. Tak da kaitan pn ngn pos ni..


++++++++++

- Put your music library on shuffle. For each question, press the next button to get your answer. You must write that song title as the answer to the question, no matter how silly it sounds! Most of the time they seem to work though, strangely enough. Ok, go! When you're done, tag people in this note, and make sure to tag the person who sent you this. The answer to #20 is the Title of your note. -


1.If someone says, “Is this okay?” you say
Singkong dan Keju - Arie Wibowo
(aku suka singkong, kau suka keju.. uh uh..)

2. How would you describe yourself?
Naive - The Kooks
(G memang naive pn.. :( )

3. What do you like in a guy/girl?
Asereje - Las Ketchup
(joget la.. apa lagi kn. haha.. )

4. How do you feel today?
Dum Di Da Di Da - Aqua
(sakit pala la ni.. dum di da di da.. bedenyut~)

5. What is your life’s purpose?
Numb - Linkin Park
(ha??)

6. What's your motto?
Melangkah Terpaksa - Azie
(kalo tak paksa memang tak buat punya..)

7. What do your friends think of you?
Bonda - M.Nasir
(lah.. biar betol..)

8. What do you think of your parents?
You Are Not Alone - Michael Jackson
(betol.. betol.. betol.. G selalu ada..)

9. What do you think about very often?
Mad - Ne-Yo
(komfem tak betol.. aku dok pikir benda lain la..)

10. What is 2 + 2?
Low - Flo Rida feat T-Pain
(low?? 4 la. ingat G bodoh apa..)

11. What do you think of your best friend(s)?
Bila Wajahmu Ku Bayangkan - Sudirman
(erm.. memang selalu terbayang-bayang pn. tambah lagi member2 jauh..)

12. What do you think of the person you like?
Separuh Jiwaku Pergi - Anang
(separuh pergi pada kamoO, separuh lagi ada ngn aku. haha..)

13. What is your life story?
Suatu Kenangan - Kristal
(malas nak ingat benda2 lepas..)

14. What do you want to be when you grow up?
Andai Ku Tahu - Ungu
(tu la.. andai G tahu. Memang G taip dalam ni..)

15. What do you think of when you see the person you like?
Tragedi Oktober - Awie
(mende nih?? argh!! malas igt gak..)

16. What will you dance to at your wedding?
Tv & Me - Mando Diao
(ha!! ni baru besh!! and the end there’s a light )

17. What will they play at your funeral?
Karam Di Laut Cinta - Saleem
(dah karam pn.. tak payah nyanyi2 la. Sedekah yasin ngn al-fatihah je..)

18. What is your biggest fear?
Cinta Antara Benua - Arni Nazirah
(argh!! jgn la. Tak rela dok jauh lama2.. da byk sabar da ni..)

19. What is your biggest secret?
Ceritera - Zainal Abidin
(Jangan dok cerita..)

20. What will you post this as?
All I Ever Wanted - Basshunter
(tak semua la..)


dan mereka2 adalah mangsa tag G.. layan la korang gak ea..

Fyezrahman
aZad_niMo
*cik_KUPUKUPU_UNGU*
XOXO
DayangDeno
Macmerah
my dear diary
TheBloggerGurl

Wednesday, November 10, 2010

"PAUL" Si Sotong Dah Ada Pengganti

-G tak pasti ni gambar Paul ataupun Paul Jr.. yang G pasti ni memang gambar sotong!! -

Kalu korang tengok world cup baru-baru ni, mesti korang kenal "Paul" kan.. Ala.. Paul si udang tu.. yang bole tilik kalah menang permainan tu.. knal kan... Ops!! Sotong ke?? Bukan udang ek?? Lah.. Sotong Gurita.. Betol la tu. Aawww!!

Korang mesti dah tahu kan yang sotong tu telah DEAD beberapa bulan yang lepaskan. Beliau telah meninggal dunia a.k.a mampus keras pada 26 Oktober yang lepas. Si sotong Paul ni telah mengejutkan dunia diatas ketepatannya meramal pemenang perlawanan di kejohanan bola sepak piala dunia 2010 yang lalu.. harap maklum..

G sebenarnya bkn nk cerita pasal si sotong Paul. Paul ni tahyul + karut sebenarnya.. Tapi G nak cerita yang Paul kini dah ada pengganti, iaitu Paul Jr. (Paul the Second)... Ha!! korang dah tahu da kn.. dan korang mesti pikir yang Paul Jr. ni gak mesti aktif dalam soal ramal meramal ni kan. Ye la, kalo tak bukan nama pengganti la kan. No.. no.. no.. tanggapan anda salah sama sekali. Paul Jr. ni sebenarnya tiada kuasa meramal malah beliau sendiri tidak pernah menghafal pun nama bendera-bendera negara kt dunia ni. Apatah lagi belajar membaca dan mengira.. Pihak akuarium Oberhausen Sea Life (tempat dimana mendiang Paul tu di pamerkan dulu) mungkin memperkenalkan Paul Jr. ni hanya sebagai pengganti Paul asal untuk dipamerkan sahaja. Ye la kan.. akurium tu da femes da semenjak si sotong Paul tu telah menunjukkan keterean beliau bab-bab meramal ni. Kalau Paul da tak ada, camna akuarium tu nak dapat tarikan lagikan..

- Khidmat terakhir Paul ketika meramalkan keputusan suku akhir Piala Malaysia baru2 ni.. -


Akhir kata dari G, selamat tinggal Paul dan selamat popular buat Paul Jr.. Awas ye Paul Jr..!! Ramai orang yang tak puas hati dengan mendiang Paul yang dulu tu hingga ada yang membuat ugutan bunuh yang berbaur kejam seperti "Ah!! aku buat jeruk baru tahu sotong bodoh ni" dan "Wei!! sotong tak skoloh!! ko igt ko femes sgt ke?? macam la ko ada facebook!!".. So, ko fikir lah baik-baik sebelum engkau femeskan diri dengan kerja-kerja meramal yang takde pekdah ni.. Sekian dari G. Memang tak de pekdah pn korang baca. keh keh keh..!!




IKLAN BEST!! KLIK KEJAP